Tabung

24 June 2012

kesian tgk duit nuff ak..waakakaka

tak tahu nak gelak ke nak sedih hahaha..hmm..

ak rase blogging dah setahun lebih tapi nuff baru 25ringgit.. wakaka..adeii kesian beteiii..

bile nth leh makan jasa nuff ni...


*cmne ye nak bagi trefic laju?

Perasaan Isteri...

Assalamualaikum ...

pagi ni mcm biasa ak mulakan hari dengan gembira. sebab baru dapat berita dari bos..minggu lepas dia kate ak nak dapat bos baru lagi.. dalam hati ak sebenarnya xnak la..tambah lagi bile dpt tahu bos baru tu perempuan..arghh cerewet kah beliau? baguskan beliau? senang tak bekerja dgn beliau..arghh buatkan kepala ak sakit je memikirkan perkara yang tak habis tu...ak ni kuli je so SYMP sahaja le mampu ak lakukan..

tapi pagi tadi, ak masuk je bilik bos tanya ak..nk ubah angin x ikut dia masuk bahagian lain? ak ni bagaikan org mengantuk disarungkan bantal jelh kan.memang sangat happy lah...siap beryes yes bagai kat dlm bilik ni.. hepi sangat2..so xpyh da ak pk cmne bos baru sebab ak xperlu tukar bos lagiiiiiiiiii.. yea yeahhhh.!! hehe.
alahai senangnya dalam hati ( sila wt rentak nyanyian ye) hihihi...so kesimpulannya..kena tunggu surat penempatan bos then baru bos boleh lakukan tugasan yg diamanahkan..tapi ak pelik lah...surat penempatan ni mcm salah jer...xpe2...nanti bos masuk ak akan maklumkan pada bos, minta pendapat beliau...so skrg jom kite enjoyyyyyyyyyyyyyy dulu...




okey berbalik semula kepada tajuk entry ini ditulis..sebenarnya semalam...ak peristiwa...ak xtahu la cmne nak cakap.memang hal kecik je pon..tapi boleh buat aku nangis teresak2..baru ak paham cmne perasaan seorang isteri apabila suaminye terlalu taksub dengan sesuatu selain diri dia shaja..

suami ak ni dia jenis kaki game..dia bile mengadap pc mmg dia x hirau org sekeliling..ko ckp lah gajah ke rimau ke.memang dia buat xtahu je..kadang2 sangup dia berjaga malam semata layan game..mcm sabtu lepas.. start lepas isyak tu layan game smpi kol 10pagi ari ahad nye...lam 2.30pagi tu layan bola euro..lepas euro layan game pc plak...yang tu ak xsakit at sgt sebab ahad x keje kn.lagi pon ak tido je..teman dia kat lua.

tapi kemuncaknye semalam.memang ak xleh tahan sangat sampai teresak-esak ak nangis..ak pon xphm cmne airmata ak boleh kuar laju je.pdhl sebelum ni memang susah ak nak nangis kalo sebab dia tau..kalo kena marah ke tengking ke.memang ak hati batu sikit..ak jadi sakit at bile ak suh tido dia buat x endah je padahal pagi ni keje...dia tu dh la kena bangun awal, kol 6.30 dh kena g keje..layan game start kol 3ptg smlm, sampai mlm tadi kol 1 lebih...sape yg tak sakit ati..sebelum2 tu ak boleh la buat xlayan je, sbb ak pon layan tgk tv..tapi bile dh kol 12 lebih, ak ajk la tido....ari keje buat cam ari keje..dia dh la susah nk bangun, bile ngantok nak marah2 ak...bile suh tido awal, xnak...ak xtahu la cmne lagi nak nasihat kan dia tu.. smlm terluah jugak kat fb..

ak tahu cara tu salah...yelah buat semua org yg xpatut tahu pon boleh tahu...tapi ak xde care lain nak lepaskan rase skt at..bile kongsi dgn kwn2, ad yg bagi nasihat ak boleh cool ckit..memang cmni kan perasaan isteri bile suami sndiri buat x endah..org len pengantin baru hepi..org kate manis2 dia masih terasa...terlalu awal untuk mempunyai maslah..tapi ak??? ntah la ,ak xtahu di mane silap nya :-(

21 June 2012

TERKEJUT ISTERI BERBOHONG MEMBERI KENYATAAN

PETALING JAYA – Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh amat kecewa dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy kerana membuat kenyataan tidak benar kononnya mereka telah berjumpa bagi membincangkan isu rumah tangga yang hendak diselesaikan secara baik luar mahkamah.
Jimmy, 32, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan isterinya adalah pada 4 Oktober tahun lalu di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini dan tidak lagi bertemu selepas itu.
“Apa yang dinyatakan oleh isteri saya adalah sama sekali tidak benar dan saya amat terkejut dia memberikan komen sedemikian kerana kali terakhir saya jumpa dia pada 4 Oktober tahun lalu.
“Bagaimanapun saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana enggan kisah antara kami lebih bertambah buruk,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Jimmy diminta mengulas kenyataan isterinya yang disiarkan mStar Online pada Khamis degan mendakwa mereka telah bertemu secara peribadi untuk berbincang bagi menyelesaikan kes perceraian mereka di luar mahkamah secara baik serta soal penjagaan anak.
Nursuhaila, 25, berkata, dalam pertemuan yang diadakan baru-baru ini, dia telah mencadangkan kepada Jimmy untuk berpisah dengan baik manakala hubungan mereka yang keruh itu dapat menjadi seperti sahabat.
Bagaimanapun Suhaila, dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jimmy masih tetap dengan keputusannya untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah.
Sementara itu, mengulas mengenai isu anak, Jimmy menyifatkan apa yang dituduh oleh isterinya sebagai satu penipuan dan dia menyerahkannya kepada mahkamah.
“Pasal anak ni malas saya nak cakap lebih-lebih dan tunggu sahaja perbicaraan di mahkamah nanti.
“Dia boleh cakap apa sahaja tetapi jangan sampai menipu dan sebab itu juga saya menyerahkan soal anak kepada mahkamah untuk menentukan,” ujarnya.
Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah.
Berikut adalah temu bual mStar Online bersama Jimmy:
1. Suhaila mendakwa dia ada berjumpa dengan Jimmy baru-baru ini bagi menyelesaikan pertikaian antara anda berdua demi kepentingan anak. Benarkah dakwaan itu?
Tidak benar! Suhaila ada datang bertemu secara peribadi dengan saya baru-baru ini dan kali terakhir kami bersemuka adalah pada 4 Oktober tahun lalu bagi membincangkan masalah antara kami.
2. Kenapa agaknya Suhaila membuat dakwaan begitu dan adakah Jimmy terkilan dengan reaksi terbaru Suhaila?
Terkejut itu memanglah ada tapi saya tidak mahu ulas dengan panjang lebar kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan yang telah parah. Suhaila atau sesiapa sahaja berhak untuk membuat sebarang kenyataan.
3. Suhaila mempertikaikan permohonan hak penjagaan anak yang dibuat oleh Jimmy di mahkamah dan memberitahu dia memang tidak membenarkan Zahrah bermalam di rumah Jimmy kerana bayi itu masih menyusu badan. Apa komen Jimmy?
Kalau menggunakan alasan anak tidak boleh tidur di rumah saya kerana menyusu badan adalah tidak logik kerana pada bulan April lalu Zahrah ada tidur di rumah saya dan tiada sebarang masalah kerana anak saya itu turut minum susu formula.
Bagi saya, adalah tidak adil untuk menipu begitu dan sebab itu juga saya menyerahkan kes berkenaan kepada mahkamah untuk membuat penilaian.
4. Baru-baru ini, bapa mertua anda iaitu Datuk Suhaimy membidas anda dalam sebuah program hiburan. Apa komen Jimmy terhadap dakwaan yang dilemparkan?
Saya tiada apa nak cakap kerana itu adalah hak beliau untuk bercakap dan saya tak nak komen.
5. Kes Jimmy dan Suhaila semakin rumit dengan pelbagai pendedahan dibuat. Adakah Jimmy rasa sudah sampai masa untuk kes ini dijalankan secara tertutup?
Saya dah buat permohonan untuk menjalankan kes ini secara tertutup menerusi peguam saya dan masih menunggu keputusan daripada pihak mahkamah syariah


SUMBER: mstar on9

hantu..mana hantu...takut hantu..

sila bace tajuk dalam nada nyanyi cam cete ciplos (ke caplos ke loslos nth...lupe) tu ye ..hehe..

malam tadi hubby ak offer diri nak masak..katenya dh lama sgt dia x masak..so ak memang la sgt suke kan. tapi bahan2 ak sedia kan lah...skrg ni ak n hubby selalu mkn lewat mlm..kalo nk kate makin gemuk mmg cnfirm da..nak buat cmne..memang akan siap masak kol 9 lebih..sebab ak bese start masak lepas solat isyak. so memang xleh nk ubah la..terpaksa la hadapi hari2 mendatang dgn duka kalo badan jadi tong drum..

semalam kami mkn lauk ayam masak kicap + telo dadar jer..xpelah janji org yg masak,kite goyang2 vontot.. hikhik...tapi yang tukang hidang ak jugak...tukang kemas pon ak jugak..hehe.x kisah la tu kan. tolong menolong amalan mulia..kate nak jadi isteri mithali kn..hihihi...dh siap mkn tu..tgk2 jam dah nak masuk kol 11 mlm..ak mmg dh bajet la mlm tadi..masak nasi banyak ckit..sebab nak buat nasi goreng pg td sblm g keje...lagi pon my hubby kate dh lama dia xmkn nasi goreng hehe..kesian kn...

lam kol 11lebih ak masuk bilik..dah ngantuk da..tp hubby ak mcm biasa la..mlm2 mmg ngadap game dlu..sanggup berjaga mlm ko tahu...ak dh xleh nak ape da..ikut kn je..dia bukan ikut nasihat sgt..drp bergaduh baik ak masuk tido je..so ak kemas2 tmpt tido...tutup lampu..memang terus lena cakap ko tau.. hehe..xyah nk berangan dulu ke, xyah nk dgr lagu2 jiwang dulu ke...xpyh..letak je pale atas bantal..terus dibuai mimpi..hihi...tapi smlm ak xde mimpi ape2 pon....ahaks..

tetibe, ak xtahu la kn kol bape laki ak tu kejut ak..dalam mamai2 tetibe dia ckp cmni.. ' awak, sy nak tanya awk sesuatu ni' sambil2 tu dia pegang hp, cari2 ape ntah...ak dlm mamai2 ni jwb la ' awk nk tunjuk ape plak?' .. tapi dia xjwb....tekun dia menekan keypad henpon ak tu...dlm hati ak rase cam lain da..ingatkan ad secret ape yg dia jupe kn...mane lah tahu hihihi...tapi setahu ak, lepas kawen mmg ak xde curang da..hahaha.. nampak sgt sblm ni buat jht kan blkg dia..ahaks..



then dia buka kat gallery gmbr..tunjuk kat ak gmbr dia...dia kate cmni..'cube awk tgk gmbr ni' ak tgk skali imbas terus ak tolak tangan dia....cube korunk pikir...ape yg ak tgk?? ce teka ce teka...adoii..kus semangat tau!! daripada ak yg lena tido tu boleh dia kejut ak semata2 suh tgk benda tu...nape lah dia x simpan je tgk sorg2..jgn tunjuk ak.kan dh buat ak takut...dah xberani lepas ni nak duduk sorg2 kat umah tu...ak rase lepas ni mengekor je dia ke mana2...masuk jamban pon ak duk je sblh hihihi (melampau je kn)...


agak2 korunk ape ek???hehehehe...

okey2 ak gtau....gambar tu gambar hubby ak..yg ak ambik dalam umah semasa ngah menonton tv..gambar tu gambar lama...ak xpasti cmne baru smlm boleh perasan benda tu ada dlm gmbr tu..seriau beb..dlm gmbr tu hubby ak senyum je..xsangka plak blkg dia..ade makhluk Allah yg tidak diundang..berpakaian serba putih, then rambut pnjg mengurai.huhu..sabar jelh..

korunk byg kan lah hubby ak tunjuk kat ak pic tu , ak bajet lam kol 1,2pagi kot...byg kn jelh..memang tido ak himpit2 je dia..xkire da dia tersepit ke hape.huhu..tkt gak tetibe ad depan ak kn.mmg ak tutup mate rapat2..malam nt nak amik yaasin letak kat bawah bantal...

pagi ni hubby tetibe x sihat plak.demam katenye...tetibe..ak p je keje..risau jugak.jangan lah jadi pape..nauzubillah...semuanya baik2 belaka...


note:thari t balik umah bwk dia p klinik amik mc...mujur ari jumaat rini..rehat lama ckit..

20 June 2012

Kurang Pendengaran





sampai ati bos cakap saya pekak..uwaaa

sedihnye hati saya..

pilunye...


nak majok bawak diri sampai kol 2..hukhuk..

13 June 2012

Hari Bahagia..Telah Berlalu

Assalamualaikum...

Selamat makan tengah hari ye kawan2..
Memang jenis ak kn, suke update gap berzaman2 hehe...so sesape yg lawat blog ak, n then rase bosan...ak memang xkan salahkan korunk..hikhik..

sape-sape yg masuk blog ak rini, akan di sajikan ngan gambar2 ak..korunk mesti xpenah tgk kn pic ak sblm ni kat blog.so arini ekslusif ak nak tunjuk pada korunk wajah ak.haha.. (bajet cam artis jer,ada ke org yg nak tgk?) xpelah kalo sape2 xnak tgk tu..plis skip lah ye.hahaha...eh ape lah ak ni.tulis ckit gelak..tulis ckit gelak.. ada penyakit hepi plak ke skrg? adeii..macam2 ragam kn..

okey2 berbalik pada tajuk....mcm ari lain x bahagia je kn...sengal btl...xpelah.. anggaplah ari tu je yg plg bahagia dan mungkin sekali seumur hidup. I'Allah..Mudah2an di permudahkan semuanya...korunk tahu x, ak sbnrnye dh jadi isteri org.hehe..kalo dikira,dihitung,ditolak,bahagi...arini genaplah 12hari ak bergelar isteri kepada suami aku..hmm..nak kate hepi tu memang lah hepi..sebab dh ada laki skrg kn..dh xperlu rase takut2 lagi da.nak kua ikut suke hati pon xde sape nak marah hehe...

tapi kn..ak plak yg rase pelik.hehe.kadang2 cam x caye dh kawen, boleh duduk sesama, gurau2 melampaui.. betul ke dah kawen ni..hehe..siyes..permulaan ni mmg sukar tok percaye..korunk yg belom kawen pasti akan rase ape yg ak rase ni..dulu buat pape sensorg je..duk umah sensorang..skrg tgk tv berdua.leh men geletek2 lagi kau.jgn jeles ye..hahahaha...

tapi yg buat ak xpuas ati ngan husband ak ni...dia kaki game..susah la nk bendung pangai dia tuh..geram tersgt geram tau.langsung x rase cam pengantin baru.bile dia dh ngadap game tu, ak pon dia xlayan..huh!! nk dijadikan cete lah kn..

semalam...dia cuti...so dia duk kat umah jelh.ak plak keje..blik keje tu...ak hulur lah tangan nk salam (kate nak jadi isteri mithali kn.hihi) tapi boleh dia wt xlayan...asyik dgn game dia je...memang ak angin lah..memang ak blahh gtu je...ingat blk keje, blh hepi ckit.ni x...mkin tension bile tgk dia mcm tu..terus ak tukar baju, masuk dapur masak2...mmg lgsg xtego lah dia..dia pon xtego ak...kalo korunk sakit ati x.huhu.bukan nye nk dtg tlg kat dapur ke ape ke..dh la dia dh rehat 2hari kat rumah..dh siap2 masak..ak lgsg x pelawa dia mkn. pndi2 lah dia amk sndiri nnti..kalo agak2 men game tu dia leh kenyang xtahu lah kn.huhu..pastu ak terus masuk bilik..layan fb jap kt hp.pastu tertido...pas mgrb tetibe rase cam ade org men sentuh2...upe2nya dia dtg pujuk ak..mencikk tau..baru nk lena dh kena kacau...tahu plak dia aku majuk..hehe...mujur reti nk pujuk..kalo x,mmg smpi pagi lah ak tido..lantak kau lah mkn ke x..boley gtu??hehehe....

SKIP..

pastu dh siap2 mkn seme, ak sambung ikat riben tok goodies.nk bg kat kawan2 opis husband ak..sorg2 buat penat wei..laki ak...sambung men game..mmg xde life lah husband ak tuh..risau betul ak.cmne nk dpt baby gni gaya...kang ad ak sorg2 yg layan baby..adoii..dia ad mtk ngn ak nk bli xbox..mmg ak xbgi lah...xde xbox pon dh mcm ape duk layan game..smpi ak nk tgk tv pon xdpt..ak skrg ni dh buta dunia luar tau korunk..kesian x?? huhu...pas dh siap semua..bajet nk tgk euro..haha.last2 tetido...


kol 1lebih tersedar,,,,jeng..jeng..kena kacau lagi....wakakaka..
okey bye!!...psssttt sape dh nikah paham2 jelh... Assalamualaikum...jom layan pic sekeping dua..

(gambar telah di remove..hehe)