Tabung

31 December 2013

Jom Pilih2 - WIDE SHAWL

STICKY POST YE.. ENTRY BARU SCROLL KAT BWH :-)

Korang kalo sudi jom lah tgk beberapa helai shawl yg aku jual..Hehehe...Saje nak test market mcm mane.Harap ada sambutan..Kihkih..Cantik2 shawl ni..Kain viscose..Kain sejuk yer.. Semua harga RM30..postage tambah RM6..



Shawl 1

 Shawl 2

 Shawl 3
 Shawl 4


 Shawl 5


 shawl 6

 shawl 7


 shawl 8


 shawl 9


 shawl 10


 shawl 11



Shawl 12

 Shawl 13


 Shawl 14


 Shawl 15


 Shawl 16


 Shawl 17


 shawl 18


 shawl 19

 shawl 20


 shawl 21


 shawl 22


 shawl 23


 shawl 24


 shawl 25


 shawl 26


 shawl 27



Cara pemakaian shawl 1

Cara pemakaian shawl 2

kalo korang nak order just bagi no shawl spt dlm gambar yer..blh msj/wasap terus ke 017-776 2091. tq :-)

29 December 2013

Renungan bersama..Menusu kalbu

Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!




kredit :

Permata Hati Di Opis

Arini aku bawak Arfan datang opis.Last aku bwk dia rasanya masa dia 5bulan kot..
kiranya 3 bulan yg lepas r...

Pagi tadi pengasuh baru msej ckp anak dia demam..
Dah 3 hari demam..So dia nak bawak anknya g amik darah..
So aku okey jer..Nak buat mcm mana kan.benda luar jangka..
Lagipon bos aku xde, so aku lagi suka dpt bersama Arfan hehe..

Arfan baru tido..
Kesian dia,xtahu la selesa ke x..
Tido atas toto nipis je..
Arap lama r dia tido..
Tadi letak dlm stroller...
Kaki dia blh tersepit plak kat celah tempat tu.
Meraung la dia..AKu plak panik..Hehe.
Tapi mjr aku memang perasan kaki dia tersepit.
Kalo x mesti aku heran nape tetibe dia nangis.
Arfan2..tu lah x duduk diam sgt, sape suruh..

Bubur dia cmne ntah nak panas kan dia.jwbnye rendam air panas jelah..
Mujur kat opis ada penapis coway tuh.
Senang ckit kalo nak air panas segera..
Kebetulan arini air paip buat hal plak..
Harapnye coway tu sempat bertahan smpi tengah hari..
Kalo x kesian ARfan mkn bubur sejuk..dlm petiais lagi tu..huhu..

Smlm Arfan hepi btl duk men kejar2 dgn papa dia..
Dia duk dlm walker, papa nya atas wheelchair..
Aku yg nengok rsa geli hati..Hahaha..
Yg lucunya, dia nak dia je yg kejar papa..
Bila papa kejar dia, dia marah, menjerit..Adoii..
Mcm2..mcm reti bahasa plak dia..Hahaha..
Seyes, smlm hepi sgt tgk dia gelak x hingat..
Papa dia dh penat , tp dia rileks je..siap ajak papa dia main lagi..
Adoiii...Arfan2...dh pndi ajak main..Hehe...


Suka sgt tgk karton yg kaler2 striking..hihi...comel je..

26 December 2013

Family Day- Hari ke-2


Nak cete hari Sabtu punya program plak..
Pagi2 dlm jam 8.30 pagi ktorg gerak g carik sarapan..


Ni kakak aku. K.su (Kiri), Amsyar (Anak buah), K.ngah (Kanan) Sebelum keluar posing dulu

Parking kete kat taming sari then menyeberang ke kedai makan sana..



Damia dan Umi nya (K.su)

Lupa da nama kedai tu apa..Haha
Tp kesian xde banyak choice makanan pon..
Masing2 terpaksa makan nasi lemak..Sebab tu je pon yg ada..

Kalo kami dh serang kedai, memang gamat la jadinya..
Kedai dh la kecik je..Hahaha...
Pening org yg menjual tgk..Dengan bising budak2 lagi..

Bising org tua duk mengorder air lagi..
Aku yg dgr pon naik pening..Kihkih..



A.Ipar aku. A.Wahab (Baju belang hijau), A.zul (Baju putih)

Pok (Adik), Along (anakbuah), K.teh (kakak)

Walaupon dlm mulut penuh mknn tetap nak peace.hehehe..

 My hensem boy.....Arfan..

Tak puas hati gambar 1 je..so amik kali ke-2..kiki..Baru xde mknn dlm mlt..cun ckit kan? wakakaka

Hahaha korg tgk la..dari depan smpi ke belakang kedai...belakang Arfan tu tempat org buat air..Senang je nk air jerit je sebelah..Kikiki..

Lepas je setel makan ni, ktorg gerak ke Menara Taming Sari..yes!! Menara yg blh nampak seluruh bandar Melaka ni..Best jugak la..Yg paling lawak. Ma aku siap istigfar, mengucap ape2 doa jelah dia bace.Siap pejam2 mata tau..Dh la dia duk sblh aku..Aku gelakkan dia je..Adoi..Ma aku ni memang jenis gayat ckit..Dia mmg xnak naik menara ni, tapi anak2 paksa naik.Yelah xkan dia nak duk bawah sorg2..lagipon mcm x best la kan..dtg jauh2 xnak naik plak..Dh lama ckit tu bru berani bukak mata slow, tp muka stil nampak cuak..hahaha...Ma, i love u..Rindu plak rasa...

Wana ( Anak buah), Amsyar

Sebelum naik Taming Sari

Menunggu turn posing dulu.Aku xde sebab aku duduk kat blkg, nmpk x kerusi biru tu..Aku mls nak bangun join masuk gambar.Haha..Sebab tu muka aku xde time ni..

K.ngah, Aryan, A.chik, Amsyar, A.zul, Along, Haziq

Haikal, A.wahab, K.teh, Shasha, Ma, Ayah, Wana

Boy, Pok, A.ngah (Berdiri)

Pemandangan dari atas Taming Sari

Family besar aku..Tp abg sulong aku xde..x cukup korum..



Lepas turun Menara tu, ktorg bergerak plak ke Kota A Famosa..tapi aku x masuk pon ke sn..Xlarat la..lupa nak bawak stroller Arfan so terpaksa dukung dia..Memang xde nye aku nak mendaki tangga sambil dukung dia..Hehe..So aku tunggu je yg lain tu kat kerusi dekat ngn beca2 menunggu pelanggan tu...Lagi pon laki aku pon x leh nak join mendaki, so better aku duk dgn dia jer..Hehehe..Sambil2 tu boleh menyusu Arfan..Dia dh ngantok sebenarnya tp sebab duk ralit tgk beca yg pelbagai lagu dan warna, x jadi nak tido..Hehehe,,,

So jom layan pic2 dorg yg meneroka A Famosa tu..Pic aku memang xde ler..Yg ada sebelum dorg menjelajah A Famosa tu jer.

Tuan tanah dan suami..Anak time ni dgn sape ntah..Hahaha..

Love both of you..Mum n Dad





Time ni lucu, kakak aku nak amik pic berdua je konon ingatkan muka ank dia xmasuk gmbr..Bila dh amik tgk2 anak dia pon ada skali..Kahkah..Lucu je..Anak buah aku yg tukang amik pic tu plak x gtau..Sengal..



K.tina, A.chik dan Aryan

Pok dan Anak2 buah nya

Aryan pemalu

Poyo btl depe bertiga nih









Selepas tu ktorg ke A Famosa Waterpark..Alaa tempat org mandi2 tu..Main2 air...Aku pon sibuk jugak lah nak main..Hehe..Pic masa kat cni memang xde sebab xde sape tukang amik pic..Semua nya sibuk nak mandi dan berendam jer..Adehh..Xde kenangan..Hihi..

Arfan pon aku bagi dia masuk air..Tp Arfan x bape suka..Dia takut bila aku cuba2 nak lepas dia dlm air..Kena tunggu dia besar ckit la baru datang lagi..Dh pndi jalan baru best..Aku siap naik yg mcm roller coaster tu..Hahaha.Best tp xboleh nek banyak kali sebab xde org nak jaga anak aku..xpelah dapat rasa sekali pon ok..kiki..Ayat mcm kesian sangat kan? Adeh...

Aku layan benda ni sekejap je pon..Lepas tu terus p bersihkan Arfan dan aku pon tukar2 baju..Ktorg time ni gerak 5,6 biji...Aku naik kete ngan A.chik..Dlm kete ni ada ayah n ma aku skali..Laki aku naik kete lain..Hukhukhuk..Berpisah sekejap..So geng dlm kete a.chik keluar dulu cari mkan..Sebab time ni dh jam 2 lebih, masing2 dh lapar..Laki aku dh awal2 mkn ngan a.jai. X aci sungguh...



*Nanti continue balik, aku rasa mcm panjang sgt je nak cete semua dlm 1 entry..Memang 1 hari suntuk keluar..so bnyak benda nak gtau..Hehe..next entry lah yer..