Tabung

27 September 2016

Alma Dah Setahun. Hepy besday sayang.

Selamat pagi dan Assalamualaikum..
Arini ada sedikit semangat untuk menulis tu..
Semoga karangan ini dapat dijadikan kenangan di kemudian hari..
Gambar kat hp bukan blh simpan lama2 kan..
So kita abadikan kat dalam blog...Kita tgk tumbesaran anak mcm mn melalui gambar2 yang kita dah kongsi kat sini..Baru la sentiasa dalam ingatan kan??

Tapi aku bukan selalu pon share gambar anak.haha...takde nak kenangan sangat la..

Okey2, kisahnya mcm ni..
Selama 3tahun Arfan dilahirkan, aku tak pernah pon sambut besday dia tau..Cuma masa usia dia 2tahun, aku ada belikan jajan2 then agihkan kat kwn2 taska..itu je sekali...hehe..kek memang xpenah beli pon..

So bila Alma dah setahun ni, aku sesaje plan beli kek untuk besday dia..Anak dh besar..So blh mkn kek. Rancang pada awal, nak jemput kawan2 dtg...kawan2 rapat jelah tapinya yg ada sekerat dua tu hehe...Aku memang masak x reti..Tak pernah kot buat utk rmi, selalu masak utk anak beranak je kan selama ni..hehe.debaran memang ada lah..niat cuma nk buat laksa terengganu dan goreng mihun, nugget jer pon..

Bila dah plan, tup2 aku dapat surat tawaran menduduki kuarters teres (kisah ni nt aku update lain), so bila pk2 balik...banyak nk pakai duit utk masuk umah baru, so aku cancel panggil kwn2 makan hehe. Tp kek memamg aku dah tempah awal2 ngan kakak opis aku ni..So kira on jelah.Sebab aku pon ada ajak anak sedara aku dtg mkn kek ni..SO dh alang2 depa dtg, adik aku pon join skali..Aku masak jugak seperti plan asal cuma kuantiti sikit jelah kan...

Stat dalam pukul 3 lebih..Sebab adik aku kena masuk keje lak ptg tu..Buat ala kadar sesgt lah..hanya acara potong kek pastu mkn2..pastu depa pon balik. hehe...Jom lah jamu mata dgn gambar2 ni..aku x susun pon...ikut dan je letak ni..tgk caption jelah ye.


Selamat hari lahir anak dara ku yg pertama kali

sebelum acara stat kita bagi dia main2 dlu dgn belon..jadi model belon .hehe

besday girl

ni sblm acara bermula, budak2 excited tgk belon warna warni hehe

indahnya CiptaanMu Tuhan.Alhamdulillah

Mama kena interprem dgn anak2 hehe...

besday girl xnak duduk diam, jenuh mama nk kontrol.

sesi pujuk abang..merajuk dia lepas tiup lilin..Tak pasti merajuk sbb xleh tiup lilin, atau merajuk sbb nyanyi lagu besday x sebut nama dia..hehe..comel sungguh..dh pndi anak aku ni nak kecik2 ati.

hai besday girl yg comel..slps sesi tiup lilin

abang malu sbb dia merajuk..dh tu mama kena tolak2..adoii.abang2

Alhamdulillah..semoga membesar dgn sihat dan menjadi anak mama papa yg solehah syg...mama papa abg syg kamu ketat2

05 September 2016

Hebat Dugaan Buat Ko Kawan.

Masih terkejut...Langsung tak sangka..Inilah reaksi semua orang kalo rasa x sangka dengan sikap sebenar manusia yang menjadikan agama sebagai topengnya...Kesian kwn aku..ingatkan bahagia, rupanya...

Patutlah dah lama menyepi..tup.tup bila timbul, ayat2nya mcm pelik sangat..Ada terdetik kat hati ni tp cuba sangkalkan..Rupanya apa yga aku sangkakan tu betul..Allahuakbar..Ape punya manusia lah kan...Sanggup gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri...Tp disebabkan dia berjawatan, xde sape berani bongkarkan kesalahannya walaupon blh dikatakan sudah 1 opis maklum akan perangai syaitannya tu..

Kawan,
Semoga hidup ko dan anak2 terbela dan jauh daripada perkara2 yang tidak diingini..Jaga lah amanah Allah tu elok2..Jangan ko bagi peluang pada org yg berniat jahat untuk merampas anak2 daripada ko ye..Aku sedih sangat bila dengar cerita ko..Aku pandang anak2 ko..Allahuakbar..Sayu tak terkata..Rasa nak mengalir airmata, tp aku xboleh...Bila tgk anak2 ko bermain bersama, gembiranya mereka..Mereka terlalu bersih, suci..Xtahu apa masalah yg sedang ibu mereka alami..Semoga Allah merahmati hidup kalian bertiga..


Tak sangka aku, waktu mula2 ko berkahwin..Dalam hati terdetik, bertuah ko sebab dapat laki kaya..walaupon dh berusia..mungkin akan lebih matang dalam menjaga rumah tangga,,Rupanya lain plak ceritanya ye..Rupa bukan jaminan hidup kita...Jika dilihat dri luaran, memang x sangka mcm tu perangainya..Muka nampak baik..Rupanya hanya pergunakan agama...Ingatkan blh membimbing isteri, rupanya lain plak bila dh berbini...Solat tinggal...rupanya kwn aku merupakan isteri ke tiga.. Allahuakbar...


Tidak cukup dengan itu, halal haram pon ditolak tepi..ISteri dalam haid pon dimintanya 'benda tu'.. Sanggup menggunakan wang yang sebenarnya bukan milik dia..tp adalah amanah ramai org..Skrg memang sangat2 bahagia dia atas muka bumi ni kerana Allah masih menutup aib dia dan dia banyak aniaya org..Bersabarlah kawan..Senjata ko skrg hanya DOA.. Semoga Allah perkenankan DOA2 ko sebagai org yg teraniaya...


Aku hanya mampu mendengar dan memberi nasihat..Aku hanya mampu tolong apa yang aku mampu sahaja...Semoga Allah permudahkan urusan ko dan anak2 di atas muka bumi ni...Janganlah engkau mengalah sehingga akhir hayat ko ye..Segalanya hanya untuk anak2 ko.

21 August 2016

24 Tips ASAS service kereta supaya tidak ditipu

Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel..
(WANITA TERUTAMANYA)
1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.
2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...
4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!
5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!
6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!
7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.
8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!
10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"
15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.
16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.
18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.
19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.
20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.
21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.
22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-
Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc
24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

15 August 2016

Gaun Knit Cotton

Kain dah lama beli..Nak Stat menjahit tu amik masa..malas menebal dalam diri sebabnya xde pola Dan mls Nak study blk apa yg dh belaja dlu.

Malam semalam tetiba dtg aura rajin Nak study balik Dan buat pola utk gaun budak 1tahun-2tahun..Mula2 nak buat utk Alma, tp rsa cm Besar sikit..so pikir2 balik bagi Kat sepupu Alma lah..sesuai kot dgn dia sebab dah setahun lebih.

so gigih la ai membuat pola sampai ke tgh malam, potong pola bagai..Kebetulan Kan skrg aku tgh cuti jaga anak kena kuarantin, tu aku relaks je tdo lewat..Esok siangnya aku Stat potong kain plak..jenis mikir Nak letak zip ke butang. Last2 aku letak zip je rasa lebih Mudah kot.

Biasa lah penjahit tak tegar so gaun budak pon amik masa sampai 2 hari hehe...Jahit tersekat2 sbb layan anak lagi..Mujur bukan org tempah ao x terikat dgn masa Sgt..jahit sambil main2 pon xpe.. Niat mmg Nak buat betul2.. Kalau menjadi yg ni Baru lah Ada semangat sikit lepas ni Nak buat lain.hehe..

So lepas dh 2 ari, Baru siap bajunya.. Kebanyakkan jahitan aku pakai mesin jahit tepi 4 benang jer..Mudah terus cantum bajunya..tp kalau tgk baju2 kat pasaraya tu pon depa pakai.mesin jahit tepi cntm terus jugak..so aku konon2 buat gaun mcm pasaray gak la. Haha poyoss..


Bila dah siap mmg aku Sgt puas Hati. Aku rasa aku dh thu tip2 serba sikit Nak buat gaun budak ni..mcm mn Nak buat lubang ketiak, mcm mn Nak jahit kain rib, mcm mn Nak amik ukuran Kalo guna rib..Alhamdulillah..lepas ni harapnya blh praktik lagi..kalau rajin..ekeke..


Anak buah aku ni xlama lg Nak pindah jauh da..Kat Kelate..lepasni mmg susah dh la Nak jpe..skrg duk kt PD.. Kakak aku dpt pindah kt sn kampunh suaminya..tercepat plak permohonan dia diterima..sepatutnya dia nk pndh bila suami dia dh pencen 2018 nanti, tamat askar..Jawabnya Skrg ni dia Tpaksa berjauhan dgn suami lagi utk 2 taun ni..kesian kakak aku..mmg dh selalu berjauhan dgn suami..mmg kakak aku kuat la..sejak awal kahwin pon mcm tu..urus sorg2 je anak..huhu..anak ada 4..

So sebagai ingatan aku Nak kasi gaun ni walau pon pd awalnya aku nk buat utk Alma.. Hehe..


Cantik tak? Hehe..

10 August 2016

Giliran Alma pula..Hfmd dgn anak2ku berpisah tiada

Arfan dah 3 kali kena sehingga update skrg...
Alma plak first time kena...
Aritu penah da kena tp aku rasa bukan Hfmd sebab biji2 yg kua xbanyak Dan xlama..
Kalau ikut pengalaman masa Arfan dulu, penyakit ni biasa amik masa seminggu utk sembuh...

So aku rasa ini 1St time la Alma kena..
Tapi aku belum rujuk doktor lagi arini..
Semalam dah pegi klinik tp msa tu bintik2 blm naik..pegi klinik atas faktor dia demam jer..
Check2 tgk Ada tonsil...doktor kata..so doc bagi ubat demam, ubat selsema Dan ubat batuk..
Dia xbagi antibiotik sbb dia kata tonsil tu baru je Nak bengkak..
Dia kata Kalo demam lagi dlm 3ari dtg blk utk amik darah..

Nampak gaya x Dan 3 hari, aku kena g klinik balik esok utk confirmkan biji2 yang Ada kt bdn Alma ni.
Belum naik banyak mcm Arfan dlu..
Tp dia dh Mula timbul tempat2 bersendi mcm Arfan kena dulu, sbb tu aku yakin tu Hfmd..


Aku tunggu biji tu timbul Kat tapak kaki Dan tgn jer..
Sebab ulser dlm mulut dah Ada Dari semalam..
Patut la dia duk merengek je xnak menyusu rupanya dia sakit mulut.
Masa tgh nangis aku tgk dlm mulut dia, mmg ad 3,4 biji Kat lelangit tu..adoii sakitnya aku rasa..


Malam td dia xleh tdo..tak lena..kol 4lbh baru tdo..pastu 5lbh tjaga blk nangis2 sampai aku dh mati kutu..semua Benda aku buat xkena..
Datang juga rasa Nak Marah..dah la tengah ngantuk Kan..Baru Nak tdo dia nangis balik..
Memang sabar sggh la..jaga anak manja nih..


So arini aku amik El jaga dia Kat rumah jer..Dgn abang sekali x g school..
Aku just bagi dia eskrem je..
Sebelum menyusu aku suap dlu eskrem..
Bagi sakit tu kurang sikit baru dia Nak menyusu..
Kalau x, dia duk merengek je sbb dh dahaga tp xleh Nak menyusu..
Memang kesian..makan lain xnak..mjr eskrem tu dia Nak..


Esok kena g klinik balik..mujur kebetulan mggu ni laki aku mmg cuti Jumaat sbb Ahad dia keje..
Bertabah la mamapapa kalau ditakdirkan Alma disahkan HFMD..BERhuhu jelah..

Cuti mama dh tgl 7 hari..
Masih ad 4Bulan lebih lg utk habis tahun 2016 nih..
Kebarangkalian utk aku kehabisan cuti sblm habis taun mmg tinggi..
Sedih sungguh..selama 8taun keje ni taun pertama cuti aku hbs sblm masanya..


Demi anak...mama terpaksa lah..
Kalau bukan mama n papa, sape lagi Nak jaga Kamu..
Kamu harta Dunia akhirat yg mama Ada..
Semoga Alma cepat sembuh Dan blh makan Dan minum seperti biasa..
Alma kena kuat lawan penyakit tu..
Antibodi Alma kena kuat..OK :)



09 August 2016

Dapat Jaga Anak Sendiri, kan best!!

Aku tak pernah terpikir pon sebenarnya nak jadi surirumah sepenuh masa..
Tapi kalau time cuti untuk sehari dua tu spend time dgn anak2 je kat umah, laki pegi keje mcm best gak...

Tetiba arini aku rasa mcm nakjadi surirumah sepenuh masa jer..
Bila aku pikirkan entah pengasuh anak aku ikhlas ke tak jaga anak aku..
Entah la...

Sesiapa yg bekerja sebagai pengasuh dlm kalangan follower aku ni jangan terasa hati ye..
Kalau korang x buat perangai mcm ni, so jangan kecik ati ye...


Sebenarnya pagi tadi, ada sorg pengasuh up iklan pasal pasal JOM DAFTAR..
Khas untuk pengasuh2 kat rumah..Macam seminar lah kot..
Program tu depa buat time hari bekerja..
So pengasuh ni cakap lah mcm mn nak hadir kalau dh anak2 asuhan ada kan..
Aku masa baca tu memang dapat agak da mesti ada yg bagi pendapat mcm kat bwh ni..

Minta jelah ibubapa kanak2 tu amik cuti..
Lagi pun sehari jer, xde menjejaskan keje pon kalo sehari x datang keje..
Dan yang komen tu ada lah suami pengasuh anak aku...
Tersentap hati aku bila membacanya..
Ape dia pikir bila dia taip mcm tu ye??
Bukan dia xtahu dalam gp wasap tu ada mak ayah anak2 asuhan dia..
Ayat dia tu blh buat org kecik hati tau..

Pastu ada lah plak tolong menambah..
Yang tolong tambah tu plak yg mmg xde anak lagi..
Belum dikurniakan rezeki untuk ada anak pon..
Aku rasa pendapat dia x diperlukan pon untuk kes ni..
Sebabnya pendapat dia buatkan hati aku lagi kecik ati...


Kalau iye pon ko nak mintak cuti,
tak perlu disertakan dengan ayat2 sinis tau...
Elok2 org ok nak bagi cuti..terus jadi sakit ati dan x ikhlas untuk bagi ko cuti..

Sepatutnya sblm nak suh bini ko tu jadi pengasuh,
ko kena tahu baik buruk jadi pengasuh..
Mengasuh dh la ramai...Dengan ramai parents
Kalau bini ko susah nak cuti..sebab parents rmi so bukan blh cuti serentak..
Patutnya ko jangan bagi bini ko jadi pengasuh...


Secara tak langsung bila dia bagi respon mcm tu..
Persepsi aku terus berubah...
Dia ikhlas ke x jaga anak aku dan anak2 asuhan lain?..
Adakah mengasuh semata2 kerana duit??


Memang susah sungguh skrg ni nak cri pengasuh yang betul blh buat mcm anak sendiri..
Kecuali sorg..pengasuh anak sedara aku kat Perlis..
Memang untung kak ipar aku sbb berjumpa dgn org mcm ni..
Dia btl2 layan anak sedara aku mcm darah daging dia..
Kadang tu ari cuti sabtu ahad depa amik anak2 sedara aku ni bawak p jalan2..
Siap suruh kak ipar aku berehat kat umah..
Kadang tu dia sendiri p anto kat umah kak ipar aku..x kasi balik awal..
Tapi sayang..kalau org baik ni kan, mmg xlama lah...
Tak lama lagi pengasuh tu dh nak pindah balik Penang..
Depa pn sedih nak berpisah ngan anak2 sedara aku tuh..
Untung kan????

Tapi aku bukan nak kan yg perfect mcm ni smpi ari minggu pon anak2 xde kan..
Cukup lah dia ikhlas jaga anak2 aku time ari bekerja je..
Aku pon x suka kalau anak lebih rapat dgn org lain dari diri aku..


Aku ni sensitif sangat ke ??
Aku harap laki dia je yg perangai mcm tu..
Isteri dia harapnya ikhlas lah...
Sebab dia jaga bertiga dengan anak dan adik dia sekali..
Kiranya ada 3 pengasuh dalam 1 rumah tu..
Tapi mmg ramai la budak2 yang dia jaga..
Sebab sll terserempak ngn parents yg amik anak kn..
kadang beramai2 tunggu depan umah dia..Hehe
Tapi sebab ada 3 pengasuh so aku xkisah la..
Harapnya bagus la depa jaga budak2 tu..




07 August 2016

Bila Dia Dah Pandai Tekan

Kejadian ni malam tadi..Sebelum ni tak pernah jadi, kiranya kes smlm adalah kali pertama..
Perasaan aku x usah cakap la mcm mn takutnya..
Rasa nak nangis je..Tp rileks dulu..Mujur bukan waktu sibuk..

Kisahnya..

Malam tadi..Aku nak kua nak ec isi minyak kete husband aku...
Kebetulan husband aku pon nak turun bawah..So kami sm2 kua umah..
Alma dgn husband aku turun bwh je, Arfan plak aku nak ajk teman aku..
Si Arfan ni dia memang jenis suka sangat pegi kat lift tu sorg2..
Kira dia pegi awal dulu lah..Sbb aku tengah kunci grill..
Husband aku tunggu aku kunci grill tu..
Aku tak terpikir langsung yang Arfan ni akan tekan lift tu tau..
Sebab dia mmg xpnh buat mcm tu sblm ni..

Lepas aku kunci grill tu tetibe aku dgr Arfan jerit..
Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Aku dah cuak...
Masa aku nak smpi lift, aku tgk pintu lift dh tertutup..
MMg aku nak nangis weh..takutnya rasa...
Dari luar tu aku masih dgr sore Arfan duk jerit panggil mama..
Dia plak p tekan G kat lift tu, so mmg lift tu menurun lah..
Aku cpt2 tekan butang lift, mujur x lama lps tu lift sampai..
Aku doa lah harap xde  ape2..


Lambat plak aku rasa lift ni bergerak..adehh
Tetibe msa lift aku kat 1, aku dgr sore Arfan jerit MAmaaaaaaaaa..
Kebetulan masa tu lift aku pon smpi G..
Nampak dia terkejut tgk aku keluar dari lift lagi satu..
Aku terus amik dia, peluk teruk..
Allahuakbar..
Baru sikit Tuhan cuit aku, hati aku dh gelabah gila..
Mujur xde org time tu kat lobi..
Arfan pon melilau cari aku msa dia smpi G
Mujur lift aku ngan lif dia x jauh beza je..
Kalau tak, aku xtahu la Arfan akan pegi mana..huhu..
Mintak jauh lah YaAllah..
Aku sayang anak2 aku ...


Aku tegur dia...jangan buat mcm tu lagi..
Tapi dia plak bebel kat aku..
Dia kata mama lambat , abang tinggallah..adoii..anak2...
Bahaya la abang buat mcm tu...
Padan muka dia kata kat aku...tepuk kepala sungguh dgn anak teruna sorg ni..
Pandai je dia nak bebel kat aku...


Risiko duduk umah atas angin mcm ni lah...



05 August 2016

Kecewa Dengan Abang (Sukan Taska Sicomel)

Pagi ni bangun awal..
Excited Nak tengok anak main sukan..
Walaupon tahu anak Dari rehearsal dah buat pangai..
Tapi aku gagahkan jua, arapnya dia ok bila ari kejadian..
Semalam sampai banyak kali aku terjaga..
Risau takut terlajak tido punya pasal..

Pukul 6.30 aku mandikan Arfan..
Tu pon berdukung bagai..
Masuk bilik air buat perangai dulu..
Pujuk2... Baru mandi..Pukul 6.50 aku keluar rumah..
Tengoklah excited x aku??
Anak Dari dalam kete dah menunjukkan tak minat Nak bersukan..
aku suh pakai kasut dia taknak..
Sampai Kat padang, tgk masih xde org..padang pon gelap lagi..
Yang Ada cuma cikgu2 je tgh buat persiapan akhir..

So aku decide pegi Petronas dlu beli air Dan roti utk sarapan, konon2 Nak buat pujukan si teruna,
Lepas tu terus pegi padang..
Masa turun kereta,mood masih ok..
Dia nampak padang n nampak cikgu, trs dia xnak jalan..
Aku pujuk lagi..
Org paling awal weh sampai..malu pon Ada sbnrnya...

Taklama tu cikgu Datang ajak pegi kt khemah dorg..Tapi dia xnak..Datang cg sorg ni trs dia ikut.
Aku mmg perasan, hanya dgn cg ni sorg je yg dia Nak..
Kalau cg lain langsung dia xmau..
Aku rasa ramai cg x suka lah..aku nampak..
Nampak Dari gaya Dan perbuatan cg terhadap anak aku..
Aku sedih..tapi aku kuatkan Hati..
Aku tahu anak aku mmg kuat merajuk..
Dia xsuka org yg suka marah2, dia x suka org yg suka meninggi Suara..mayb cg annoying dgn pangai dia..

Makin lama dah Makin ramai yg dtg..
Aku tgk dia Dari jauh..Dia nampak aku dia nangis.
Aku x terpikir pon Nak menyorok bagai Kan..
Aku biar jelh tgk je dia Dari jauh tu..
Aku nampak dia nk dtg kt aku, tp cg cpt2 ambik ltk dlm barisan..
Mmg aku nampak dia mcm bersendiri..
Dia x bergaul..Dia mcm x suka jpe kwn rmi2 mcm tu..aku hairan sungguh..

Masa perarakan perkenalkan kotinjen pon dia nangis,takmo jalan, cg Tarik dia..pimpin dia..
Last2 lps perarakan tu cg anto dia dekat aku..
Aku layankan dlu lah..bagi dia makan.. Minum air..pujuk2 dia..
tapi tak makan Saman gak. Dia tetap xnak masuk baris.

Sebelah padang ad Taman permainan..Dia Nak pegi ctu..
Puas aku pujuk masuk baris, dia xnak, dia buat lembik..
Aku sabar semaksimum mungkin..
Aku bagi dia main Taman dlu sbb game belum start..
Syok dia main..


Lepas tu giliran dia utk main Kat padang..
Aku duduk sblh dia konon Nak bg smgt..
Tapi dia tetap xnak..
Bila hampir2 Nak smpi giliran dia..
Aku masih usaha jugak, tp sayang..
Cg lgsg x bg dia peluang Cuba..
Tanpa dia Cuba, dia terus gantikan dia dgn budak lain..
Aku sangat2 kecewa..aku sedih..
Serius aku xtahu Nak kata apa, aku rasa aku Nak nangis..

Terus aku ajak Arfan balik..aku xbagi dia main Taman..
Aku Nak nangis weh..xkan Nak nangis dpn org..
Cepat2 aku ajak dia pegi Kat kereta..
Memang aku Marah dia dlm kereta..
Aku bayar tau Nak main sukan tu..
RM70.. Apa aku dapat?? Baju sukan selai je..


Ada cabutan bertuah tp aku xtunggu pon..
Mood aku dh xde Nak tunggu lelama..
Aku kecewa dgn anak aku, Dan paling aku kecewa sebab cg xbagi dia peluang..
Kalau dpt skali pon xpe da..ni lgsg..belum main lagi, dia dh tolak Arfan ke tepi..
Hati seorang ibu wehh..
Bagi korg mgkin remeh sb korg bukan ibu..
Tunggu lah anak2 korg nt cm ne..

Smpi menulis ni rasa kecewa tu masih Ada..
Ptt ke aku hukum Arfan?
Aku xnak da manjakan dia sangat..
Aku xnak da ikut cakap dia jer..
Aku xtahu ape ptt ak buat nk bg dia dgr ckp aku Kalo kt tmpt org ramai mcm tu..

Tp...
Kakak aku ckp dlu anak dia dua org pon mcm tu.
Xnak main sukan, last2 blk mcm tu je..
Aku ni terlebih emosi ker??

Ntah la...

Ak cme kecewa sb dia x diberi peluang jer..tu jer.kalo dpt sekali pn dh ok..ni lgsg trs tolak tepi..

Taun dpn mmg aku nekad xnak da bg dia join sukan Kalo mcm ni gaya dia.. Maybe dia ikut jejak aku jenis x suka bersukan...hurmm.. Tp msa tadika aku suka je join sukan sekolah.huhu.













04 August 2016

Rehearsal Sukan Abang

3 hari abang jalani rehearsal untuk sukan esok , 6 Ogos 2016..
2 hari dia naik bas, dan smlm aku terpaksa anto sendiri sebab dh lambat..

Hari pertama dan kedua, aku suruh pakai baju tshirt taska 1 set dgn seluar, dia xnak..
Last2 pakai baju je, seluar pakai seluar lain..macam2 peel..
Kalau pepagi memang tak sah kalau dia x buat perangai..
Cakap nak naik bas pon dia x nak..
Orang xpnh naik bas..Dia xtahu mcm mn naik bas..haha..ke dia xphm bas tu ape aku xpasti lah..
Tapi aku sll je kalo nampak bas, tunjuk dia tu bas..

Hari pertama tu aku tgk gambar cikgu amik dia menangis.
taktahu kenapa muka sdih je dia..Suka duduk sorg2..
Aku xtahu lah anak aku ni mcm mana kat taska..
macam mana dia bergaul dengan kawan2..
Terpikir plak aku..
Dia suka merajuk..Cikgu dia mesti x suka melayan..
kesiannya rasa..huhu..


Semalam pn dah lambat pon dia buat perangai jugak..
Aduhai mencabar sungguh sabar aku..
Nak marah, tp x boleh..
Nak tinggi suara, tp xblh jugak..
Kena pujuk slow2..
Kena cakap elok2..
ko rasa??

Selalu nak berdukung..
Tetbe je cakap kaki abang geli lah, kaki abang sakit, abang penat..
Adoi, nak tergelak pn ada mikirkan alasan2 dia tuh yg malas nak jalan..
Pastu suruh pakai kasut xnak plak..
Nak bersukan, tp pakai selipar, mcm mana...tentu cikgu marah nanti..
Dah berdukung, anto ke padang smlm..
Pastu letak kat kwn2 reramai dia pon nak sedih2..
Tlg pakaikan dia kasut..
Mama nak balik, dia buat muka sedih..
Mama makin jauh, dia panggil2 mama..
Mmg mama x sampai hati..
rasa nak je duduk ctu tgk dia rehearsal
Tapi apekan daya, mama keje..

Aku cuma risau, esok..
Takut kalau2 dia buat xnak main game..Naya lah.
Tambah2 kalo dia nampak mama dia ni ada kat ctu..
Mama rasa mama perlu menyorok lah..
Takleh bagi dia nampak muka mama..
Kalau x, dia mengada plak..
Takkan nak suh mama plak yg main game tu kan? hahaha...


Baru sukan usia 3tahun,
tapi mama rasa excited sangat..
Harapnya abg main elok2 esok tau,
walau xmenang tp mama nak abang enjoy,
kalau ari2 lain, bukan sng abg nak dpt main mcm tu kan,
sbb mama n papa mmg x penah bwk abg utk main2 mcmtu
So mama nak abg enjoy bila dpt main mcm ni hehe...
Aku x sbr nak tgk dia main esok..Harap ok lah semua..


Tak kisah x menang, asal dia hepi.
Takmo lah nangis2 ye abang sbb abang dh besar, dh ada adik pn.







Abang Arfan dan Adik Alma

Anak2 dah makin besar..
Si abang dah 3tahun 4bulan, adik plak dah 10bulan..
Abang tu makin cerdik, cakap pon banyak walau ada kadang2 ptaan yang aku x paham
Adik plak dah pandai berpaut..Suka menjerit..

Sekali dia jerit sakitnya rasa telinga ni hehe..
Kalau balik keje, mmg xleh buat benda lain dlu..
Kena bagi dia susu dulu..Kalau x dia punya nangis tu, sampai xkeluar suara..
Macam budak kena dera tau..
rindu susu mama le tu ...

Adik...
Skrg dah boleh duduk sendiri, dah pandai merangkak, dah blh berpaut..
Selalu berdiri je skrg ni..
Tapi masih x berani nak menapak..
Slow2 ye dik...
Tapiii..
Gigi dia masih belum menampakkan wajah..
Gusi masih suci lagi hahaha

Abang..
Skrg pagi2 suka buat perangai..
Susah bangun pagi..
Susah nak suruh mandi..
Kena menangis bagai dulu..
Kena ugut dulu..
Kena angkat mandi setiap hari..
Kena cakap slow2..kena pujuk dalam sabar..
Tak boleh marah2...
Kalau tak, dia marah kita balik..

Adik,
Makin bising mulut dia..
Tak berenti duk mamamamama....
Papa pon mcm kadang2 kedengaran juga..
Sangat2 manja budak kecik ni sorg..
Kalau dia tido memang xnak dgn papa langsung..
Budak susah sgt nak lena klo nak tido
Kadang penat da duk ngiring bagi susu..
Tetbe bila cabut je puting, blh dia sedar
Pastu nangis mcm xpnh minum susu sblm tu..
Nampak je puting, dia menonong tu sgt2 kelakar.
Sangat2 manis moment tu hehe..


Abang,
Masih pakai pampers..
Bukan aku xnak ajar..
Aritu dh ajar untuk siang hari,
Lulus...
Tapi dia plak malas..
Bila dia nak kencing kan, dia p amik pampers.
Dia kata ' kalau abg terkencing mcm mn?'
Aku cakap suruh pegi toilet, dia xnak aka malas.
Dia xsuka nak buka2 seluar byk kali...
Sebab nanti setiap kali dia buka, dia xnak pakai blk..Dia akan amik suar lain..
So skrg aku xnak paksa lagi
Walau rmi dh kata dia patut xpyh pakai da pampers..
Tapi biar lah dulu..
Biar dia ikhlas sendiri xnak pakai pampers baru menjadi..
Aku bagi masa smpi hujung tahun , InsyaAllah...


Adik,
Bila timbang mcm penimbang tu xnaik pon digitnya,
Tapi sbnrnya dia makan banyak.
Ape je org bg dia akan makan,
Susu kat umah pengasuh pon banyak,
Aku bagi 6 bekas susu pon habis setiap kali, kdg 5 je habis,
Untuk bubur plak aku buat untuk 2x sehari kat umah pengasuh pon habis jugak,
Tapi aku xtahu kenapa badan dia nampak kecik je..hehe
Takpelah asalkan dia sihat je..


Abang,
manja jugak.
Selalu nak merajuk,
kalau abaikan dia, dia tahu...
Kalau naik lift, atau jln x tunggu dia,
MERAJUK..
Nak pujuk bukan senang..
Kena sabar yang sangat tinggi
Tak boleh tinggi suara,
Tak boleh marah.
Sentiasa ajar aku menjadi org yg sangat2 pengasih dan penyabar,


Adik,
Harapnya adik x ikut kuat merajuk mcm abang..hehe.

Abang,
Kalau dia tersedar dari tido tengah2 malam,
Dia akan cari lengan mama,
amik lengan mama, pastu letak kepala dia kat ctu,
manja kan??
Kalau papa marah dia, buat2 nak pukul dia,
Mama la tempat dia menyorok,
Dia tahu mama dia mmg susah nak pukul dia balik.
Kalau mama pukul dia, dia akan dtg jugak kat mama,
Dia tahu mama bukan jns nak pukul2 dia,
Tapi kalau dh x dgr sangat cakap tu,
Dia akan tahu dia buat salah..

Adik,
Penah jugak kena pukul,
Malam tadi..
Bukan pukul beria pon,
Saje je tepuk betis dia tu..
Susah sangat mau tido kan memalam..
Padahal dh ngantuk sangat tu..
Susu tu dah banyak mn dia minum..
smpi mama siap ubah2 posisi kiri kanan da,
Bila cabut puting je, dia bangun
Pastu menjerit mcm kne pukul kan..
So kita bagi je pukulan bebetul,hehehe
Papa terus masuk bilik bila dgr anak girl dia menjerit kuat..
Alaa..rileks la, mama x kejam nak pukul anak kn, ekeke
Pastu amik jugak dia, teruskan penyusuan..
Tak lama tu baru lah betul2 lena,
Amboii dik, nak kena pukul dlu ke baru blh lena??
Hahaha...mcm2 kan peel..

Abang Dan Adik,
Mama sayang korang berdua.
Tak lekang dari bibir mama ni mama sentiasa titipkan kata2 syg pada korg berdua,
Moga anak2 mama ni tahu hargai mama dan papa bila besar nanti..
Semoga korg nanti kalo dh bertemu jdoh pon, jodoh korg blh terima mama dan papa juga,
Anak2 mama n papa, anak yg baik dan bagus..
Semoga hidup korg sntiasa diberkati dan dirahmati.
Amin..

Add caption


Cubaan menjadi harimau haha..

Pandai lak dia selfie sendiri hehe...



Bila Papa Beli Sand Kenetic

Aku dah tahu pasal sand kenetic ni dah lama..
Tapi memang xpnh terpikir pon nak beli..
Sebab aku x suka benda2 halus mcm ni..confirm kotor rumah
Rumah aku dah la memang jenis x bape nak bersih da..haha..

Tapi kan...aritu ada kat blok umah aku buat promosi plak benda alah ni..
Aku saje gtau laki aku...Bukan nak suh beli pon hehe..
Pastu kan, laki aku ni kalo bagi dia seme nak beli..
Aku rasa x perlu pon kan..
Then nak jadi cerita, Arfan ada hari sukan Sabtu ( 6 Ogos 2016)
Dia ada masuk beberapa acara..
Bila aku tgk dlm gmbr2 yg cg amik, anak aku tu mcm asyik nangis je kan..

Aku gtau lah laki aku...nape lah abg ni nak sukan pon asyik nangis je..hehe
Aku risau kang time hari sukan dia buat perangai xmo main plak..
Aku dh excited tau nak tgk dia main mcm mn.hehe
Cikgu cakap dia selalu merajuk, kalo suh main..dia buat muka xnak..
kena pujuk2 dulu baru nak buat..pening aku tau..

Pastu laki aku pon tetbe je, sy nak beli jugak la sand kenetic tu..
kenapa plak? aku tanya..
Yelah, abg tu xpnh main tanah..xpnh nak main2 kat tanah mcm anak org lain..
Memang pn aku akui..Dah la umah atas angin kn..
Aku bukan mcm mak2 budak lain suka bwk anak ptg2 p main taman..
aku malas...


So laki aku nekad la nak beli benda ni.
So smlm dia cuti, dia suh aku order..
Org tu pn p hantar kat umah..
Konon nak buat surprise untuk anak teruna lah.hehe
So aku ikut jelah..Aku tahu laki aku tu kalo dia ada duit mcm2 dia nak beli...


Balik ptg smlm, aku ckp kat abang..
Abg, papa beli mainan kat abang..
Masuk2 je umah, dia tanya..
Kata beli mainan abg, mana?? hehe
Dia x perasan mainan tu ada atas meja..
Pastu dia duk melilau2 kat area sand kinetic tu baru dia perasan..
Pastu tetibe tersipu2 malu nak nyorok blkg aku..
Haha..Abg lucu je tgk..X dan nak amik gmbr dia malu2 tu..

Terus p amik..
Wahhh.....mainan abgggg..dia kata..
Bertuah anak kesayangan ni...
Papa kesian kat awk, sbb papa xleh nak bawak awk main2 kat tanah,
so bagi jelh awk main tanah tipu tu...hehe
Memang teruja lah dia dapat main..
Seronok sangat tengok anak suka mcm tu..
Lepas rasa penat lelah bekerja kan...cari duit untuk depa jugak..


Bukan anak je yg main, papa dia pon join skaki
Papa ngn mama pn x pnh main benda tu abg oiiii
Tu yg teruja sesama tu hahaha...Lucu jer...

Dapat plak tanah kaler pink..Aku ingat kaler tanah jugak...
so Jom lah layan gambar...







Benda2 alah tu aku biar je mcm tu, nanti balik school dia akan sambung main lagi..xpyh kemas2 lagi..Bagi dia main sampai dia puas hehe..

Ada mcm2 bentuk, tu dia suka tu..

Semoga anak2 mama blh jadi org yg kretif hehe.

Nak tempah barang baby?? Meh jemput baca .

Takdelah barang mana pon..Cuma barut baby jelah...
Aku start menjahit ni masa tengah pregnant kan Alma...
Masa tu usia kandungan dalam 3,4 bulan aku beli mesin jahit..
Konon nak tambah pendapatan melalui menjahit plak..
Banyak la angan2 nya tu..Belaja menjahit then amik upah..
tapi akhirnya..


Angan-angan tu memang angan-angan je.hehe..
Bukan senang sbnrnya nak menjahit ni tau..
Nampak mcm remeh je cantum2 kain kan..
Tapi kalo x tau step, atau salah buat step..
Alamatnya jadi kain buruk jelah kain2 ko tu kan..

Aku ada amik kelas kat kolej komuniti..
Tapi disebabkan time tu setiap kali aku join kelas, memang ramai YaRabbi..
Aku dh la x reti ape lagi kan...Pastu cikgu xleh nak tumpu pd aku sorg je..
So aku rasa mcm susah sangat..nak siapkan 1 baju pon, nak kena ulang kelas selama 4x tau..so bermakna 4minggu..Aku kan bekerja, so amik ari minggu jelah..
Last2 baju x siap2 pon..Aku rasa leceh

Perut plak makin membesar, so aku malas jadinya..
Masa raya puasa 2015 aku buat jubah hasil belaja tu kan..Ok lah blh la pakai, tp pakai kain murah je.
Skrg baju tu dh x de rupa baju, sbb konon ritu aku gunting nak letak zip, sampai ke sudah baju tu xde zip..hahaha...malas sungguh rasa..

Macam mana aku nak upah, baju sendiri pon x siap2..
Gini aku kata nak buat keje sampingan?? Aduhai..

Last2 aku pandai buat barut baby je..Dengan bedung...
Set sarung bantal pon aku blh buat..
takat yg biasa2 jelah..
Kalau baju2 tu aku buat utk anak2 je...Aku x berani nak amik upah lagi sbb belum mahir dan x cntk..
Baju anak tu pakai harian je pon..huduh memang huduh tp pejam mata jelah.
Dapat tgk anak pakai hasil aku jahit pon dh hepi walaupon hasil x seberapa..hahaha

Aku skrg ni fail nak buat lengan...Selalu x jadi.
Aku penah buat baju aku nak buat tshirt biasa kan..
Aku guna la baju sedia ada tu..ukur pakai baju dh siap.
Tp tang lengan fail jugak..
Bila nak jahit kan, lubang lengan kat bdn baju dengan lengan x sama besar..
Pastu aku buat pleat kat lengan tu sbb nak bg sama size..
bila pakai, memang x selesa..rasa baju tertarik2..
Leher pon mcm x sedap.
Last2 aku xpakai pon baju tu...

Memang susah wei..
Patut upah kena mahal..
Org yg xpnh hadap benda ni mesti rasa x berbaloi upah mahal2 kan konon rasa senang.
Kalo senang, cuba korg jahit sndiri plak tgk jadi ape.hahaha.


So skrg ni aku cuma amik upah jahit barut baby, bedung baby dengan set sarung bantal jelah..

Yg ni je aku BERANI amik TEMPAHAN..hehe..
Kalau ada sedara mara ke, diri sendiri ke yg nak cuba test khidmat jahit aku,
Boleh la contact aku eh...

01128071064 - blh wasap je tau..xpayah call..aku free memang aku akan layan korg..hehe..


30 June 2016

Perkembangan Baby Alma

Aku rasa dah lama sangat aku x cete pasal perkembangan Alma kan?? Dia x berkembang mana pon, slim gtu je hehe...

Isnin lepas ada check up untuk 9 bulan..Dah kena cucuk kat bahu plak..hehe..Yang aku musykil kan pasal berat dia...Adeh la...aku rasa mcm dh lenguh la jugak tangan kalo dukung dia, tp bila p timbang Isnin lepas tgk2 naik 100gram jer..adeh...bukan dari bulan lepas tau, tp 3bulan lepas..hahaha.. adoii..


Gigirl ni memang jaga badan sungguh..Haluss je dia..memang beza la ngan Abg Arfan dlu badan tough hehe..Takpelah, asalkan sihat2 jer..Dia kalau kata pengasuh, kuat makan...Kalau aku bekalkan bubur tu selalu jer habis, kadang bagi 2 bekas bubur 1 bekas buah..kadang bagi 2 bekas bubur jer..Memang balik bekas kosong je sokmo..Pengasuh pon kata dia memang suka makan.. Tp ntah la xtahu kenapa berat dia xmo naik banyak.hehe..


Aku agak sebab dia jenis lawas..Dalm sehari bape kali berak tau..So tak sempat makanan tu nak lemak tepu, dh kena buang..hahaha...Nurse suh letak minyak sikit dalam bubur dia nak bagi ada lemak sikit..hehe..lucu kan?? Sampai cm tu sekali haha..Tapi kalau ikut graf masih normal lah.. Dah 9m berat baru 6.98kg... mcm x caye je anak aku kecik gtu..wakakaka..Kalo x silap aku Arfan dulu time 9m dah 10kg...Tp bila dh besar ni dia jadi kurus plak..Tak naik2 berat dia sejak taun lepas.. Sebab dh stat melasak kan, asyik berlari sana sini...


Di usia 9m jugak, Alma baru blh duduk dengan sendiri, tu pon bukan selalu..baru sekali dua aku tgk, yg lain banyak aku yg tlg duduk kan dia..Aku syak, baby girl aku ni jenis malas la..haha. Aku xtahu la..Dah la kalo aku suh dia tatih, kaki dia lgsg xmo angkat..dia buat lembik je bdn dia nak jatuhkan bdn tu..geram sungguh..ikut pangai sape ntah ni..Dannnnnnn kalau nak tahu, merangkak pon dia belum lagi tau...Masih dengan pergerakan mengengsot badan dia tu jelah sejak dari 4bulan hingga sekarang..Boleh bayangkan x cmne malasnya budak pmpuan ni?? kikiki..Tp dia ngengsot bukan tarik badan gtu..Dia angkat badan dia, then dia hempas kalo dia nak ke depan..Tp memang laju la..Dh expert sangat sebab dh lama kan practise hehe..Alma2....


Aritu checkup, bukan aku yg masuk bilik nurse..Tp laki aku..Aku p tunggu kat pesakit lua..Pdhl dh pesan kalo dh smpi turn ALma, gtau aku tp dia x gtau pon..geram je rasa..Aku nk tanya nurse, normal ke dah 9m, xleh nak bgn manjat2 lagi...Yelah kalau ada mslh ke apa, sekurangnya awal2 kita tahu kan..Aku risau jugak sebab anak baru dua,kalo ikut abg dia x mcm ni..tu aku risau tu..Tp kalau tgk Alma memang xnampak mcm bermslh.. lebih kepada nampak dia malas...Dia suka dgn keadaan dia skrg....Dia xnak explore lelebih...Jenis  x lasak la maksudnya..Bagus jugak sbnrnya kan..Tp tu lah hati ibu, bukan nak compare ngan anak lain, tp kita ni kena pantau jugak kan..Tp kalo ikut kata laki aku, nurse x ckp ape pon..Tp kdg nurse kena kita tanya , kalo kita x cete mslh kita depa xkan cete ape2, tol tak???  Tak pelah..Kita tgk di usia 9m nih, dia akan dapat akal plak...


Maybe Alma ni dia xmo mama pening kot kan..kalo dia melasak sgt nanti mama dia jadi hulk plak..dengan abg dh melasak, dia melasak...kan?? bagus2, baik sungguh Alma ni ..haha ( Sedapkan hati sendiri)

Tapikan, aku sedih la...Malam tadi dia buat perangai...Dia dh ngantuk sangat tau..Aku dh puas da susukan dia, dia ngamuk jugak...Aku letak buai pon dia nampak gelisah...Aku bg dia golek2 atas tilam pn, dia nangis...Pastu aku tgk pampers rupanya Berak..Ok, fine..kita basuh...Dh siap basuh, aku suh tido pon still xmo tido..Pastu dia nangis..nangis beria sangat la mcm kena dera....Aku ni dh xde idea dah nak buat mcm mn lagi...Susu aku macam dh banyak bila dia sll isap..Aku syak dia marah sebab tu lah..Bila dia nyusu, susu xnak kua..atau susu sikit..Dia x puas sebab tu dia xleh tido..Aku xtahu la nape jadi mcm tu..Nape rezeki dia sikit..Aku sedih...

Lepas tu aku kejut laki aku, suh dia plak layan Alma nangis..Dia lah yg suggest suh aku buatkan susu botol..Dia ingatkan aku, maybe susu aku xde sebab tu Alma nangis..Bila aku dh bg susu botol, elok je dia tido...Sedih aku rasa...Kejamnya rasa..Tadi masa aku dh putus idea nak pujuk, aku biarkan je dia nangis...Bila dia tido, aku pk  balik, rupanya salah aku..sebab susu aku takde yg buatkan dia xblh nak tido..Tp aku salahkan dia, kenapa dia xmo tido walaupon mata tu mcm dah rabak da nak tido..Allahurabbi..Sedihnya....


Janganlah susu aku drop...Aku masih nak menyusukan dia dengan susu aku sehingga dua tahun YaAllah...Walaupon bukan fully bf, tp bila dia dgn aku, aku nk fully bf...Tlg YaAllah, aku merayu.. Cukupkan rezeki susu aku untuk baby Alma..huhu...





20 June 2016

Abg Arfan dah selamat menjalani minor operation.

Tajuk dah lama aku tulis..isinya baru arini aku rajin..eh bukan rajin tapi paksa gak menaip sebabnya aku rasa aku patut tulis untuk kenangan dan rujukan aku di kemudian hari...Aku tahu aku mesti memerlukannya 1 ari nanti..

Alhamdulillah Abg Arfan dah dua minggu selesai menjalani pembedahan minor untuk hernia dia tu.. Setelah 3x tunda..Dia pon dah sihat sepenuhnya , aku rasa..sejak dari hari pembedahan dia langsung x tunjuk rasa sakit..Hehe...Elok je main lasak2...berlari, menjerit mcm biasa..Kita yang tengok ni plak rasa risau dan takut...Mak aku lagi lah bising mulut duk nasihatkan Abg Arfan agar duduk diam2, takmo lasak2..Tapi dia bukan nak dengar pon..Sebab dia pn tak phm kenapa kena duduk diam..aku pon pelik, dia xde rasa sakit ke apa ke..Hairan kan...

Luka dia x panjang sangat dalam panjang jari tengah aku jer..Tp masa mula2 tu ngeri gak la..aku kan mana pernah berhadapan dgn operate2 ni..seriau lah weiii...3 hari abg Arfan tak mandi..aku lap2 n basahkan kepala mcm tu jer..sebab nurse pesan jgn bg kena air.. So lepas hari ketiga, aku minta laki aku yang tanggalkan pelekat kat tmpt operation tu sebab aku seriau nak tengok hehehe...Abg Arfan rileks jer dia tengok laki aku tanggalkan..Alhamdulillah masaa tanggal tu nampak luka tercantum elok..Nampak mcm ada isi2 sikit..aku dh takut da hehe...pompuan kan, biasa lah over sikit ahaks..

So skrg dh 2minggu, luka pon dh elok...cantum pon molek je..xnampak sangat kesan op tu sebab garisan dia halus jer...Harapnya benda ni xkan berulang lagi lah..Aku ada tanya nurse, sebab biasa org kata kalo dh kena sebelah mesti sblh lg akan kena jugak, tp nurse tu tak pasti lak..maybe dia baru lagi dgn benda ni kot..so xde pengalaman..Tp

............................................................................................................................................................

Lamanya aku nak sambung balik...nape lah ye perasaan malas tu menebal sangat..nanti bila benda dh lepas, nak kenang balik pn susah sebab dh lupe kan....Apelah si Mila ni..cube jangan jadi pemalas sangat hehe..marah diri sendiri..

Ok, sambung..

Skrg tempat operation tu aku tgk dh jadi parut itam plak da..ape nak letak ek xnak kasi wane itam gtu..walaupon dlm seluar, org xnampak, tp aku nampak..hehe...mengade kan???

Aritu 2minggu pertama lepas operation Arfan membuang macam taik kambing, seketul seketul je kuar...kesian sgt aku tgk..meneran bagai nak rak..tgk2 keluar kecik jer...Ada sekali tu keluar agak byk, tp ketul2 kecik cm taik kambing la..hahaha..lucu betul aku tgk..pestime tgk najis gtu..kiki.. pastu skrg ni masih sembelit tp dh besar sikit dri ketul taik kambing tu...Aku xtahu cmne nak bgi dia jangan sembelit..Nak suh makan buah susah sungguh...Bagi makan betik, mcm nak bg makan racun tau dia punya xmau tu..pelik sungguh haih..


Peel dia skrg ni pon..Makin lama makin menguji kesabaran aku....Aku dengan incik suami skrg perasan sangat2, dia kalo depan org..ada org rmi kan..dia suka buat perangai..kalo g pasaraya kan..suka lari2, pegi jln sendiri2, xdan aku nak kejar..Kita ni risau..zaman skrg ni bukan selamat sgt, kalo apa2, sekelip mata blh jadi..So motif p pasaraya x smpi la, kalo duk layan peel dia je..kena duk perati je mata ni mana dia nak pegi..pastu suka2 pegang itu ini..aritu ada ke patut, masa aku kat tempat ikan2 tu dia buat main ais batu letak ikan tu kan, aku xbagi main..dia amik, terus masuk mulut..Aku punya hangin..Allahuakbar, rasa berapi je tgk tau..Pastu dia gelak2 smbil lari..kalo ko ape rasa?? Aku mmg dh hangin 1 badan da..kita nak cepat cri brg, dia main2 mcm tu, so memang mendapat la dgn aku.. Style aku kalo tempat ramai mcm tu, aku memang nampak garang dan jahat.. aku akan cubit dia..then membebel lah kat ctu..Org pndg lagi aku sakit hati..Lantak la ko nak ckp aku ape pon..terus aku bwk dia masuk kete, duduk lako dgn papa n alma kat ctu ..nangis la raung2 pon.. geram sangat rasa..dada ak berombak2 tau tahan geram...

kalau kat umah dia molek je....aku xphm kenapa dia buat mcm tu..kenapa dia nak tarik perhatian org..padahal aku selalu je berkasih syg dgn dia...aku kalo kat umah lebih tinggi sabar dri kat luar umah..pangai aku pn pelik gak..hahaha... ada x cara nak buat kasi dia kontrol diri dia tu?? jgn lari dll?? Aku x larat la nk kejar..dgn pegang Alma lagi..mulut aku memang bising tau sebab duk jerit nama dia je..risau kalo leka sekejap kang jd lain plak..

Takpelah kan tajuk lain, tp selit sekali cete pasal dia..dh lama gak x cete pasal anak2 ni..


22 May 2016

Cerita kisah anak2 jer

Macam dah ramai Sgt je anak2 aku Kan..Baru 2 org..hikhik..Macam Nak tambah lagi je kn..ekeke..mestilah..kurang2 kena 3 org...tp tunggu Alma n Arfan dh pndi urus diri sendiri dlu.. (InsyaAllah) Kalo aku seorang penyabar..haha..sebab masa Arfan dlu AK ckp gtu gk, konon Arfan 5,6 taun Bru nk tmbh..tup..tup..Bru masuk 2 taun dh sibuk mengandung..haha.poyo je kn.sebab aku suka baby kecik2 ni..fasa mengandung pn best jgk...ekeke..

2 minggu akhir ni aku diuji ank2 x sihat.. Mula2 abg demam kena HFMD, minggu berikut adik lak demam naik campak..Aku dah pening macam mana nak buat ni dengan cuti aku..masa abg x sht, suami dh cuti 3 hari..dia swasta xblh amk kerap..so tpaksa aku lah berkorban..

Bos aku memang baik je, dgr ank tak sihat dia ok jer..dia pn seorang ibu kan..cme aku jelh segan..hihi..tp msa alma kne campak,ari pertama je aku msj gtau..ari2 berikut, ak anggap dia phm sendiri lah ak xdtg opis tu.hehe..jht x ? kiki...

Minggu lps mmg 1mggu r ak tak kje..mmg heaven sgt ko duk umh dgn anak2 jer.. tapi kn aku pelik..campak Alma ni tak lama..Aku xtahu tu btl campak ke tak..kat kaki dia xde pn..kat muka n badan je penuh..then xnampak pn Alma garu2.. ke sebab aku awal2 dh letak calamine ek, dia jd terbantut nak keluar semua? sebab 1st ak nampak merah2 trs ak ltk calamine tuh.. Mula2 ak ingat dia jangkit abg arfan HFMD tp mujur bukan.Alhamdulillah ..


So esok 23/5, rutin bekerja seperti biasa.. anto anak pepagi..bangun awal siapkan bubur Alma.hehe..Harapnya abg Arfan ok lah g school sebab dh lama x g taska kan..byk benda da dia tlepas utk belaja..Aku tgk kt fb taska dia, siap ajar kenali ikan, udang dan sotong..anak2 blh pgg sekali..bagus sangat kan..


Aku juga harap esk masuk keje, xde keje menimbun atas meja.hehe..bos aku selalu dia bt keje sendiri je..kalo aku ad pn banyak dia wt sendiri gak..ekeke..lagipon ad PPT kat opis yg mmg dia duk sll mtk tlg..Arap semuanya ok selepas hampir 2mggu x masuk opis..ekeke..


Tp next week stat cuti blk 2,3 ari sebabnya 30/5 abg Arfan operate hernia..semoga cepat sembuh kalau x semggu lg mama cuti..aku tkt cuti x valid je..sebab kn gov ni dia ada pengiraan tertentu berkaitan cuti ni...kang x memasal jadi cuti x bergaji lak. huhu...tolong doakan abg Arfan nanti dipermudahkan urusan pembedahan ye..


Alma skrg ni masih tahap yg sama cme pergerakan dia lebih laju..gigi x tumbuh lagi.. belum berani memanjat..belum merangkak..memang wanita melayu terakhir sungguh, lembut dan sopan..hehe.. tak lasak mana..ekeke..

Kalo depan orang dia bagus jer..sape x puji dia..mesti org kata baiknya, bagusnya sebab diam jer, lgsg x bunyi suara..duk pndg2 org je..melainkn dia nk susu / thp ngntuk melampau je bru dgr sore..Alhamdulillah..jaga dia ok je setakat ni..


Next aku smbg lg psl anak..skrg seme tgh tido..mcm best lak tgk..nak join sekali kalo jenere ( bahasa ganu kelate )..



10 May 2016

Dilema Ibu Bekerja Bila Taska Anak Ditutup

Ak ni sebulan lebih x up ape2 entry pon.. Perasaan malas tu menggunung sangat..Macam mn nak jadi penulis blog tegar kalau gini...Padahal masa free banyak je kat opis ni..Hehe..Skrg ni aku duk gila melayan cete Dia Semanis Honey, lakonan Siti Nordiana dengan Aliff Satar.. Serius best cete tu...Nana pandai plak berlakon ye..Aku rasa masa dengan arwah Achik dulu kn, dia keras je blakon. Skrg ni wah..dh terer sgt..mcm dah pro je..hehe...Aliff Satar plak aku tgk dlm cete ni mcm lelaki romantik...aouhhh....best2..haha...


Skrg ni taska Arfan kena tukar 3 hari.. Sebab HFMD... Arfan lah tu yang kena.. Ni kali ke 3 dah sakit ni menyerang Arfan, tp kali ni agak sedikit biji2 yang naik dan x besar2 mcm sblm ni.. Kan minggu time Hari Pekerja tu aku dan family ada pegi ke Cameron Highland...Ari Isnin tu Arfan demam tp xdelh melepet cme badan dia je panas..Esoknya Selasa, terus biji2 merah naik kat badan..Aku mula2 memang x perasan biji2 ni...Masa nak naik kete, aku nampak Arfan duk garu kepala lutut dia..Aku tgk berbiji2 da..Pastu aku check tempat lain, sah ada jugak...So ari Rabu aku bawak dia pegi klinik...Bila doc check, doc kata memang HFMD sebab dh naik kat tapk tgn, tapak kaki, ulser dlm mlt bagai..So kena kuarantin la..Aku terus wasap cikgu dia cakap Arfan kena kuarantin kan..So okey lah...Aku ingat benti ctu jelh kan..hehe..


So aku amik cuti Rabu dan Khamis..Jumaat kebetulan memang suami aku cuti..So dia jaga kat umah.. Isnin dan Selasa (smlm) suami aku jugak yg jaga sebab dia amik cuti..Aku dh cuti minggu lepas kan..So giliran dia lah plak..Tup2 Isnin lepas dapat wasap gambar yang taska kena tutup sebab HFMD ni..Aku tanya lah cikgu, ramai ke yang kena? Dia kata dua org je termasuk Arfan.. Alahai kesian plak rasa...Aku ingat xde lah smpi kena tutup sebab taun lepas pon Arfan kena, rasanya mcm xde sampai tutup taska..Aku say sorry lah kalau Arfan pembawa, tp mujur x ramai..Aku pn x mintak anak aku kena sakit kn...Xtahu lah, mesti ada ibubapa yg marah sebab penutupan ni..Yelah bukan senang kan nak amik cuti then 3hari plak tu, tambah2 sebab orglain kan...Tp Tuhan lebih mengetahui.

So arini aku terpaksa bawak Arfan datang opis sebab aku xnak la amik cuti lagi...Setakat bulan 5 ni saje aku dh amik 10hari cuti..kebanyakkan untuk anak lah...Tp bila aku bwk Arfan dtg opis, aku rasa patut aku amik cuti plak sebabnya si Arfan ni xreti duduk, tambah buat bising plak...Aku naik tension, sebab aku tahu mesti mengganggu rakan2 opis lain..So aku terpaksa gak la amik cuti untuk hari esok (12 Mei 2015).. Daripada aku duk jadi tarzan mrh2 dia kat opis ni kan, baik aku duk umah jelah..Xpelah cuti pon cuti lah..Nak buat mcm mn kalau dh terpaksa kan?? Ni lah dilema bila ibu bekerjaya nih...


Nak menanti anak tu besar, mcm2 dugaan kena tempuh...Ni baru si abang..Stkt ni si adik Alhamdulillah lagi..Masih sihat walafiat...Mintak jauh daripada penyakit2 merbahaya lah kan... Jumaat baru taska buka, so baru aku blh dtg opis balik...Tp aku tgk si Arfan ni dh sedap je x g school..Aku rasa Jumaat ni mesti ada adegan menangis xmo pegi school..Percaya lah...pening pale aku kalau dia nangis xnak g school..Bukan pe aku risau kalau cikgu marah2 je bila dia duk nangis2 meronta2 kan...Hati seorang ibu kena tabah jelah biarkan anak untuk org lain jaga...adoiii...


Ni arini aku rasa mcm nak amik separuh hari je..tak larat aku nak berlama2 kat opis ni dgn keadaan si Arfan duk lari sana sini..Dengan mulut dia bising lagi..Aku pasti ada je yg akan terganggu dan tak suka kan...Mujur bos aku okey, tp dalam hati kita tak tahu kn..Kalo dh bising menggangu org nak buat keje...siapa2 pn xkan suka...dan aku pn paham la..aku x salahkan org2 tu...




14 April 2016

Aku Benci Video Dera Budak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Allahuakbar.....Mengalir laju empangan mata aku ni bile terklik video org dera budak...Sakitnyaaaaa hati ni melihatnya....Aku rasa nak je p masuk dlm video tu tarik2 rambut dan terajang org yg buat tu.. Nape lah depa takde hati perut ye? Kenapa suka dera , suka dengar budak menangis ye??? Aku tak blh weiii..Aku hati tisu!!! Airmata aku non stop..Tu bukan anak aku, tp aku agak budak tu mcm besar Arfan.. Terbyg2 kalau org buat anak aku mcm tu, memang mampus aku kejekan org tu...


Semoga budak tu takde apa2....Lagi aku rasa sedih sgt bila dia suh budak tu tanggal seluar lepas tu aku x tahu dia buat apa...nampak mcm dia jolok bontot budak tu dengan rotan..Tp aku xpasti sbb dia blurkan video bahagian tu..Aku harap sangat2 budak tu xde pape....Geramnya hati ni Ya Allah...Aku menangis lagi..Aku rasa xmampu weh nak menulis..Aku rasa mcm nak menjerit rasa..Sakitnya tuh kat hati aku...kenapa lah depa share video tu kat FB..kenapalah aku terklik video tu...Hati aku sakit..sakit sangat2... Aku xblh stop nangis wehh..cmne ni...


Kenapa lah kejam sgt..Kalau rasa nak buat, meh cuba kat org tua tgk ko mampus ke tak..kenapa ko buat kat budak yg  x berdosa mcm tu...kenapa??!! kenapa hati ko hitam..Kenapa ko xde perasaan?? Kenapa??!! Kenapa??!!! YaAllah...Jauhilah aku dari berperangai syaitan mcm tu..Nauzubillah...Aku takut..Engkau peliharalah ank2 ku drp org2 kejam mcm ni..Dan Engkau selamatkan juga kanak2 di dunia ni daripada manusia2 kejam mcm ni...Semoga depa mendapat balasan yang setimpalnya..



13 April 2016

Bila Culas Bayar

Sebenarnya bukan kes besar tapi aku rasa kalau aku x luah nanti memakan diri aku sebab duk pikir2 jer..Ni pasal org upah suh aku jahit tapi tak bayar... Belum bayar.. Amik barang janji nk bg petang, then dh petang cakap esok..Bila esok tu diam membisu plak...

Kadang kita ni pikir diri kita.. Kita tak pikir masalah orang.. Tak pikir ke, kot2 org xde duit ke, x makan ke..Duit upah tu la org guna untuk belanja umah ke apa ke.. Susah tau...kita dh set dlm mind dia akan byr then tetibe tak bayar..aku ni org ada buat tempahan bukan main suka sebab pikir blh topup yg mana lopong, tp bila dh org order tapi x byr...Macam mana ak nk topup yang lopng tu? huhu


Tak kan aku nak tanya kan, dia dh tahu dia penah janji dan dia tahu brg yg dia order pon aku dh siapkan...Patut mention la pape..Jangan pk sibuk keje ko je kan..ni aku kata, pk tekak sendiri je.. Haih.. Tak sangka plak jenis culas jugak rupanya kalau bab bayaran ni..hurmm..x suka betul..



10 April 2016

Tayang Wajah Anak Jerrr

Banyak fail sebenarnya nak kena kemas ni tp hold lah kejap nak tayang wajah anak kesayangan kejap.. Biasa aku ni kalau update jarang kan sertakan sekali dengan gambar hehe..So ni ada plak pic yang dh terupload so alang2 tu boleh la buat kenangan...mn tahu kang gambar tu terdelete ke apa ke kan..hehe..Time mood rajin datang ni baik uplod cecepat hahaha..


Tapi kalau sesiapa yang dh fren dengan aku, mesti dh tgk kat fb... Biasalah blog ni tempat persinggahan kedua je.. haha..Sebab ak copy n save dri fb je sng...Nak upload dri henpon, memang tak ler...hehe..

Baju ni dh lama aku jahit, sepatutnya ada sekali dengan seluar, tp saje aku pakaikan dengan seluar lain sebab nampak ngam plak sebab kaler lebih krg je..hehe.. Kalau nak tahu ni baju yang tgh viral skrg..Tp masa aku buat ni, aku main buat je, xde pola langsung, main imejin ikut kepala sendiri je.. Mujur lah pakai kain strech, walaupon kecik stil blh muat tpi betul ngam2 lah ngan badan Alma tu, jadi sarung nangka hahaha...Tp masalah plak sebab rupanya singkat...dia kan ada wing so x ngam ngan ukuran aku amik tu..kalo baju biasa memang ukuran dh betul...So bila dh buat, kita dh tahu la mana silap kan, next buat lagi baju ni dah tahu da cmne nak buat bagi elok..hehe..


Bila Alma pakai asyik ke atas la bajunya sebab singkat n fit..Haha kesian Alma seksi asyik nampak pusat je...Mujur belum buncit mcm mama lagi perutnya kikiki... Alma redha jelah kena posing depan henpon banyak2 kali...Ahaks.. Ada yang sudi nak wt menantu tak ni?? hahaha...




Alkisah gambar ni....Kejadian pagi semalam, p amik anak sedara aku kat Shah Alam...Dia dh habis praktikal, so dia mtk ak amik barang dia sikit... Alang dh amik barang, adik aku suh bwk dia sekali dtg Putrajaya sbb nak bwk dia jenjalan geng2 bujang...Aku  xikut pn depa jenjalan.. Sebab tu lah Alma terpaksa jadi model ni, sebab lama gak tunggu anak sedara aku bersiap hehe...Papa dia lah rajin nak berselfie anak dara dia yang comel ni...hehe...


Abg Arfan semalam mood tak okey, langsung xnak bergambar..Bila nak amik gmbr dia siap menyorok, marah...cakap..no..no...poyo je tau..hahaha..tu amik gmbr curi2 pon dia mrh tu...haha.. siap menangis ko..lucu lah abg Arfan ni bila dia moody..


07 April 2016

Solid Food untuk Baby Alma

Boleh plak aku terlupa nak share moment 1st food untuk baby Alma..Gambar pon aku tak de amik.. Ish2, x bersemangat langsung mama ni kan nak bgi anak makan.... Aku teruja sbnrnya nak bagi anak mkn, cumanya henpon aku ni gambar dia kurang lawa, lagi pon aku memang jenis x suka sangat amik gambar sbb tu sll je moment2 terlepas sbb jenis mmg x suka amik gambar haha..Kadang amik pon malas nak upload..hahaha...


1st food yang aku bagi kat Baby Alma, puree epal...Aku beli kat pasar malam masa dia genap 6bulan aritu..Sedang elok dia genap ari Jumaat n mmg Jumaat tu ada pasar malam, tu terus p beli.. Aku beli buah epal, pear ( lai ) dan dragon fruit.. Ari Sabtu aku suapkan puree epal...Alma mcm terkejut je, dia memang x makan langsung..Aku xpasti la sbb dia terkejut dapat makan atau sebab rasa epal tu x sedap.. atau sbb bekas yg aku isi puree tu berbau ubat lipas hahaha..


Bila dia x bagi respon kat puree epal tu, ari Ahad aku blend buah pear kuning tu plak... Eh, berselera plak dia..Habis ko dia makan...Aku rasa lah rasa buah epal tu x sedap sebab ada bau ubat gegat.. Aku ni dh basuh banyak kali bekas tu tp still ada bau.. (KORANG ADA CARA TAK NAK HILANGKAN BAU UBAT LIPAS DARIPADA BEKAS MAKANAN? KALAU ADA< TOLONG KOMEN YE!.. TQ) Teruja plak aku bila dia makan buah pear tu ( aku isi dlm bekas lain lah yg xde bau ubat lipas) ... Aku tak ikut pon rules 4days tu...Aku buat 2days je sebab bekalan buah x banyak kan..hehe...

So Isnin aku bagi kat pengasuh buah dragonfruit...Pengasuh kata tak cukup dia makan..Menangis bila habis..Hahaha...Aku bagi sikit jelh..Tp aku tgk macam dh banyak ( bg permulaan bdk nak mkn), rupanya x cukup plak..Kesian dia...Tp mujur la kat umah pengasuh tu, ada cucu dia yg sebaya dgn Alma, cucu dia jenis xnak makan , so buah yg si ibu cucu dia beli tu dak Alma lah dapat..Hehe untung Alma...Rezeki dia.. ekeke..

Esoknya aku bagi lah lebih sikit daripada biasa...Aku cakap la kat pengasuh tu maybe blh bagi 2x kot sbb banyak kan...Bila balik ptg tu aku tanya, non hado 2x...dia hadap skali makan je...Dh habis tu tak nangis mcm smlm , kata pengasuh..hehe...makan banyak rupanya si gigirl aku nih...The next day tu aku beli buah mempelam madu..Memang manis weh...Semalam lah ..aku bagi banyak kot rasanya.. Tak sangka sekali hadap jugak dia makan...So ptg smlm sbb stok aku bg dh habis, so pengasuh bg yg cucu dia punya puree..sbb cucu dia xnak makan...suka lah Alma dpt mkn byk hehe..Tp aku rasa pengasuh ni dia bg puree yg x tapis...Sbb bila Alma iakkk, biji itam dragon fruit tu kua sebiji2...Kalo aku aritu aku, tapis dia jadi biji halus je...huhu...Agak2 bahaya tak eh??


Arini pon aku bagi buah pelam jugak... Arini pon aku bagi banyak jugak... Esok pon mempelam lagi...Lusa baru nak start bagi epal balik....Pisang pon aku bagi gak, xblend pon just lenyek2 smpi btl2 hancur lah...Yang aku lucu kan ALma kalo berak, yang masuk dengan yg keluar balik tu rupa dia sama je..Hahaha..Kalo buah naga tu, jadi kaler pink pastu mempelam plak jadi kuning  dan seketul2 lembik dia kua...hairan sungguh..Hahaha...


Minggu depan aku nak start dengan sayur plak..Aku dh beli labu tu....Then nak bgi lobak jugak.. Dulu masa Arfan aku memang xde bagi puree sayur....Aku ni memang jarang beli sayur..tu yg anak pon xmkn sayur..Haha..Skrg ni Arfan just mkn sawi dan lobak je...ekekeke...Untuk Alma ni aku cuba lah beli sayur hijau hahaha...


Nanti masuk 7bulan baru nak start dengan bubur plak....Lagi pening aku nanti mcm2 bahan nak kena sedia haha..nak pelbagaikan rasa bubur tu...Kena gugel lagi lah..hehe.. Pengasuh kata sedap tgk Alma makan, sbb dia mmg suka mkn...dibanding dgn cucu dia just nak minum susu je...tp badan semangat mcm nak obesiti dh...hehe