Tabung

11 September 2013

Itukah yang kau Mahu?

Kenakalan anak aku mencuit hatiku..Gelak tawa beliau menghilangkan penat lelah ku..Senyumannya membuatkan aku terhibur..Aku sayang kamu sangat2 anakku..Kamulah permata hati Mama...Ada tika Mama suka dan duka.Pengubat hati Mama..Tiada kamu, gelap lah seluruh hidup Mama..

Kadang-kadang aku sedih..Kenapa hidup aku begini..Kenapa tidak begitu..Kenapa org len bahagia, kenapa aku tidak..Terlalu banyak persoalan yg x mampu untuk aku ungkapkan..Terlalu byk jawapan yg pastii aku terima..Perlu kah aku menceritakan setiap perkara dan kejadian yg berlaku di dalam hidup aku..Org hanya mampu mendengar dan memberi kata2..Hanya aku yg menghadapinya..Org hanya boleh menuding jari menyatakan salah atau betul.Tapi hakikatnya..Siapa yg merasa? Siapa yg menanggung??Hanya aku..Aku seorang..Sudikan org2 yg menuding jari itu merasai jua apa yg aku rasa? Oh,jika kesenangan memang ramai yg dtg, bila susah...kemana semua menghilang?? Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..Mungkin itulah peribahasa yg cukup sesuai buat masa ini.

Memasak, mengemas, menyediakan pakai minum, menjaga rumah tangga, menjaga anak, menyusukan anak, menyediakan barang2 anak, semua tu aku lakukan dengan seikhlas hati..Tiada sekelumit pon ak inginkan balasan. cuma aku minta pertolongan, tolonglah paham..Ak punya hati dan perasaan..Ad rasa marah..Apa yg aku x suka mintak tlg jangan buat kalo xmalu aku berbicara secara pedas dan akhirnya, masing2 mengeluarkan perkara yg x sepatutnya di dengari..Aku tidak mahu itu semua..Ikhlas kan lah hatimu...

Sama2, menjaga perasaan masing2..Jgn hanya sebelah pihak sahaja..Memang takkan ke mana..Aku sedar akan kekurangan diri kau..Dan ak juga tahu kau sedar akan kekurangan diri aku..So sama2 lah kita menampung agar kekurangan2 itu akan menampakkan kelebihan yg ada pada kita..Smpi bila harus begini? Bila kamu elok, eloklah cara kamu..Tp tika anginmu tidak elok, ak langsung tidak boleh menegur.Jika ditegur melenting, habislah melayang segala benda yg terdekat dengan kau..APakah kau inginkan anak bila besar nanti mempunyai perangai panas baran sedemikian?



No comments: