Tabung

18 March 2011

Doakan Kesejahteraan Anak2 Anugerah Allah

Mengalir air mata aku tatkala membaca entry-entry dari blog tersebut. Terlalu menyentuh hati dan perasaan. Aku memahami perasaan si lelaki dan wanita tersebut..walaupon aku belum mempunyai cahaya mata sendiri..Namun aku dapat rasai keperitan yang dilalui oleh 2 keluarga ini.. Setiap entry beliau amat menusuk kalbu..begitu kuat dan tabahnya beliau menghadapi dugaan yang diberikan. Aku mengenali 2 blog ni pon melalui kenalan di office..Dan sekarang aku adalah pembaca tegar dan sentiasa mengikuti blog tersebut. Apabila membaca entry-entry beliau mengingatkan aku bahawa dunia ini hanyalah sementara dan segala nikmat yg diberikan hanyalah pinjaman dan bila-bila masa je boleh ditarik balik olehNya tanpa terlewat walau sesaat.

Mama Dan Daddy Rayyan Ariff
Diharapkan kamu berdua tabah di dalam mengharungi dan membesarkan anak istimewa mu. Dia terlalu comel. Jika aku diberi kesempatan berjumpa Ian, akan aku jaga dan sayangi beliau seperti mana aku menjaga anak-anak buahku sendiri. Aku menjadi pembaca setia setiap entry kalian...Aku dapat rasai keperitan yang kalian tanggung walaupon aku sendiri masih belum mempunyai anak dan masih belum berkahwin.Aku harap kalian tabah. Dan panjatkan kesyukuran kerana Ian bukan lah seperti yang di ramal oleh pihak doktor. Aku pon turut happy dengan perkembangan Ian . Walaupon kite langsung tiada pertalian darah, cuma saudara se Islam, tp aku tumpang gembira yang amat sangat. Ian anak yang terlalu baik. Dan keputusan kamu untuk meneruskan kandungan tersebut adalah tepat dan kalian adalah antara insan-insan yang terpilih kerana dikurniakan anak secerdik Ian. Melalui pembacaan pada entry-entry kalian, aku rasa rapat dengan Ian. Secara tak langsung terbit pula rasa sayang pada anak kamu, Rayyan Ariff. Semoga kalian terus tabah dalam mengharungi dugaan by dugaan. Semoga Ian juga kuat untuk terus menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Amin. Titipkan ciuman untuk Ian daripada ku. Iklas :-)

Mama dan Daddy Alanna Qish
Mengalir air mataku setiap kali membace entry kamu. Setiap detik dan perjalanan hidup Alanna di titipkan kedalam entry di blog ini. Untuk pengetahuan kamu, aku baru jer mengenali blog ini 2 hari lepas. Sejak itu, aku sentiasa membuka dan membace entry kamu dari awal hingga akhir. Tak dapat aku bayangkan jika aku berada di tempat kamu. Aku dapat selami perasaan sayang dan kasihnya seorang ayah dan ibu terhadap anaknya yang baru saja keluar untuk mengenali dunia. Tetapi terlalu singkat masa yang diberikan olehNya kepada Alanna. Namun kita semua tahu mungkin Dia tahu ape yang terbaik untuk Alanna dan semoga Alanna akan terus happy di sana. Menunggu kalian berdua di syurga yang dijanjikan sudah pasti. InsyaAllah. Semoga kehadiran ank sulung kamu, Nadime akan menceriakan hidup kamu berdua untuk terus berjuang menempuh dugaan dan cabaran hidup ini. Yang pergi tetap pergi dan peliharalah yang masih ada dengan kasih sayang sepenuhnya. Alanna terlalu cantik, comel .. Dan saya akan doakan yang terbaik untuk beliau. Semoga beliau aman di sana. Diharapkan kamu berdua teruskan hidup dan redha dengan segalanya.



3 comments:

ïêmå å¢klê§ said...

ad hikmat setiap apa yang berlaku terhadap anak kecil itu....
semoga seisi keluarga tabah mengharungi dugaan Allah...

Jiey Mien said...

Thanks for ths lovely entry dik..
=)

BTW, akak amik link n folo.. *mintak permission..

Amni said...

saya baca jugak blog dorang.. dah lama follow... tapi tak tau nak komen macam mana... sangat sedih... huhu...