Tabung

16 July 2013

Bukan cerita sendiri

Selamat pagi..

Timah sedang melayani anaknya Si Boboi yg berusia 2bulan di dalam kamar. Boboi seorang baby yang sangat comel. Dengan kecomelan itulah membuatkan Timah sangat sayang akan anknya bertambah-tambah..Mungkin disebabkan kesayangan yang melampau ini menimbulkan kecemburuan suami Timah..Ape boleh buat..Hanya seorang ibu yang betul2 akan menghargai pemberian rezeki yang dikurniakan Tuhan itu kerana seorang ibu yg telah mengandungkan dan melahirkan baby tersebut..Bukan lah dikatakan suami Timah seorang yang tidak sayangkan anaknya, cuma kekadang suami Timah tidak hiraukan anaknya pabila sudah mengadap laptop ataupon henpon..Tapi sebenarnya suami Timah pon amat menyayangi si boboi..

Timah adalah seorang isteri yang bekerjaya..Dia bekerja di sebuah syarikat swasta yang terletak dia tgh2 kota bandar Kuala Lumpur.  Timah memang seorang pekerja yang sentiasa menjaga penampilannya, sebab tu dia sangat disenangi oleh bosnya, iaitu Encik Hamid..Walaupon sudah mempunyai seorang anak, Timah tetap digilai kaum lelaki kerana bentuk badannya yang tak ubah seperti anak dara.Kemungkinan anak dara pon boleh kalah dengan si Timah ni. Tapi itu bukan melekakan si Timah..Dia sedar bahawa dia sudah mempunyai seorang suami dan seorang anak yang sangat dikasihi.Walaupon suaminya hanyalah seorang pemandu di sebuah syarikat kerajaan, namun itu tidak membuatkan Timah terasa malu atau ingin menduakan suaminya.Dia masih tahu akan halal haram sesuatu perhubungan itu.Pekerjaan Timah ni memang sentiasa berhdapan dengan pelbagai org dari pelbagai golongan.Sebelum org luar menemui bosnya, pasti akan melalui si Timah. Dari situlah Timah mengenali ramai orang.Memang tidak dinafikan ramai yang terpikat dengan kecantikan Timah..Tapi itu tidak membuatkan Timah alpa dan riak dengan apa yang telah dimilikinya..Dia masih tahu batas-batas dalam pergaulan dan pandai dalam mengawal setiap tingkah lakunya..

Suami Timah memang seorang yang kuat cemburu..Memang boleh dikatakan antara Timah dan suaminya mcm Enggang dan pipit..Sudahlah pekerjaan hanya pemandu sahaja, rupa pon tiadalah sangat jika dibandingkan dengan Timah..Mungkin sebabkan itu cemburu si suami Timah ini makin menjadi-jadi..Timah pula bekerja dengan berjumpa ramai golongan-golongan atasan.Itu membuatkan si suami Timah, iaitu Halim sangat rendah diri..Kadang-kadang perkara ini yang membuatkan berlakunya pergaduhan kecil di antara mereka.Namun mujurlah Timah pandai mengawal keadaan..Biasanya Timah lah yang selalu mengalah dan memujuk si Halim..Sudah kehabisan kata-kata yang Timah keluarkan untuk meyakinkan si Halim ni.Mahu berhenti kerja, Timah tahu si suami memang tidak mampu menanggung perbelanjaan bulanan di rumah nanti.Tambah lagi Timah ni seorang yang bergaya lah jugak.So perbelanjaan diri sendiri untuk sebulan pon memang tinggi..High maintanance..So mahu tidak mahu terpaksalah Timah bekerja untuk menyara hidup beliau dan jugak anaknya yang baru dilahirkan itu..

Pada suatu malam, Timah mendapat satu sms daripada bosnya iaitu Encik Hamid.Encik Hamid ni boleh tahan jugak lah gatalnya..Beliau mengajak Timah keluar makan malam..Menemani beliau untuk berjumpa pelanggan dari oversea.Namun Timah terpaksa menolak pelawaan tersebut.Bukan bermaksud untuk memalukan bosnya tapi Timah terpaksa kerana si Halim memang tidak suka jika Timah keluar-keluar malam berseorangan. Ditambah lagi pabila si anak Timah hanya meminum susu badan..Jika keluar jumpa pelanggan sudah tentu akan mengambil masa yang lama.Jadi hendak tak hendak Timah terpaksa menolak.Tapi Encik Hamid tidak mahu paham masalah yang dihadapi Timah.Dia mendesak dan terus mendesak.

Kesian si Timah.Sudahlah mempunyai bos yang gatal.Terpaksa pula berhdapan dengan si suami yang kuat cemburu.Tak tahulah Timah mcm mane untuk memberitahu si suaminya perihal tersebut.Nanti mesti si suami Timah akan pikir bukan-bukan..Sudahlah perjumpaan tersebut dibuat di sebuah hotel bertaraf 5bintang di tengah ibu kota..Timah cuba mencara kata-kata yang paling sesuai untuk berhdapan dengan si suami..Sewaktu itu, Halim sedang menonton televisyen.Boboi plak sedang tido lena di dalam buaian setelah ditiduri oleh si Timah sebelumnya.Mujurlah anak mereka mudah dijaga dan bukan jenis yang kuat meragam.

Timah kehulu-ke hilir di dalam bilik..Sewaktu itu jam sudah menunjukkan 8.30malam. Encik Hamid mengajaknya keluar pada jam 9malam.lagi setengah jam masa untuk Timah bersiap..namun si suami masih belum dikhabarkan sepatah pon lagi mengenai perkara tersebut..Timah berdoa di dalam hati agar suaminya mengizinkan beliau keluar untuk seketika

Timah : Abg, Timah nak keluar sekejap boleh tak?

Halim : Timah nak pegi mana malam2 ni? Boboi dah tido ke?

Timah : Sudah bang.Ni bos Timah sms ajak temankan dia berjumpa dengan client dari Aussie. Hanya Timah je yang tahu banyak perkara pasal client tersebut, sebab tulah bos ajak Timah bang..Boleh tak bang?

Halim : Kan dah lewat malam ni.Tak elok isteri abg keluar sorg2..dh tu nak jumpa lelaki plak.Kalo ada jumpa org yang kita kenal, sudah timbulkan fitnah pula.

Timah : Xdelah bang..Timah nak jumpa dekat Hotel 5 bintang..Takkan adanya org kenal Timah bang..Boleh la yer.Bos dh nak sampai ni..Timah siap2 dlu boleh ye bang..

Halim : **speechless* - sambil geleng-geleng kepala.Jika tidak dituruti dibimbangi Timah akan hilang pekerjaannya..Halim bkan tidak kenal perangai bos si Timah, memang perangai pelik sedikit.

Halim terpaksa membenarkan isterinya keluar juga pd mlm itu..Namun di dalam hati Halim tersangatlah risau..Moga2 isterinya mampu menjaga batas2 sebagai seorang isteri..Halim akur dan menaruh 100% kepercayaan terhadap isterinya.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Timah dan Halim memang kerap bergaduh.Bukan sahaja kerana sikap cemburu Halim tetapi juga kerana sikap kurang tanggung jawab Halim terhadap keluarga.Kadang-kadang segala keperluan rumah Timah yang sediakan.Memang Timah akui gaji Halim berapa kerat la sangat.Tp Timah pon mahu juga merasai wang hasil suaminya tu walaupon x banyak sekurangnya ada lah jugak.Ini tidak asyik2 hanya Timah sahaja yang keluarkan duit untuk membeli semua barang.Halim juga suka merungut.Memang pekerjaan Halim sedikit penat sebab terpaksa membawa bos-bos yang ingin ke mana2.Kadang-kadang Halim tidak pulang ke rumah kerana membawa bos-bos ke luar daerah.Terpaksa lah Timah berseorangan denagn boboi sahaja di rumah.

Timah tahu, Halim sudah cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang suami yang baik dan bertanggung jawab, namun ape kan daya..Halim tidak mempunyai kelulusan yang tinggi untuk membolehkan dia mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus daripada skrg.Itu pon mujur Timah yang tolong mohonkan pekerjaan tersebut sebelum mereka kawen dlu.  Jika tiada keje, masakan keluarga Timah akan bersetuju untuk mengahwinkan Timah dengan si Halim.

Pernah suatu hari, Halim terasa malas untuk ke pejabat..Dalam perjalanan ke opis Halim memang akan sentiasa menghadap jammed..Perkara tersebut memang tidak boleh di sangkal lagi.Jika Halim keluar rumah agak lewat sedikit, memang Halim akan terperangkap di dalam jem untuk jangka masa yg lama.Sehinggakan kadang-kadang Halim masuk keje lewat dan mendapat warna merah.Boleh dikatakan setiap minggu memang muka Halim terpaksa menghadap bosnya..Sudah pelbagai alasan terpaksa Halim cipta.Kalau dikatakan jem selalu dikhuatiri bosnya akan pikir dirinya berbohong..Sudahnya Halim tidak mahu ke pejabat pada hari tersebut.

Halim sms kepada isterinya, si Timah..Timah memang sangat paham akan perangai suaminya itu.Hendak cakap banyak pon tak guna.Dia iakan aje..Dan meminta Halim untuk ke klinik Kerajaan sahaja kerana sudah kesempitan wang..namun sms tersebut tidak berbalas dan Timah hanya biarkan sahaja dan menganggap Halim telah membaca sms tersebut..Lebih kurang 2jam selepas itu, barulah Halim membalas sms Timah dan mengatakan beliau tertidur di rumah..Oh demm...Timah terasa agak geram dengan sikap sambil lewa Halim itu.Kalo dah sampai ke petang, agak2 doktor di klnik kerajaan akan bagi cuti sakit ke? Tp Timah tahu jika dia membebel lebih-lebih suaminya belum tentu akan mendengar, malah Timah akan diherdik kembali oleh si Halim..Jadinya Timah mengambil langkah berdiam diri sahaja.dan tidak membalas sms Halim itu.

Sehinggalah Timah pulang dari kerja, barulah Halim bangun dari tidur.Timah hanya diamkan diri sahaja..Timah sudah tukar baju dan bermain denagn boboi..Boboi memang anak yg baik.Asyik gelak dan ketawa sahaja bile diagah..Tetiba Halim mengajak Timah untuk keluar mencari MC..Namun Timah tidak mahu dan buat tak endah sahaja ajakan daripada Halim itu. 


to be continue....................


(itu pon klo masih ingat jln cete ni hahaha)

2 comments:

Hafizah said...

halaa...penat bace ni. xde sambungan siap.hehe...=P

Cik Cammy Lia said...

kehkehkeh..pnjg sgt ctenye...penat nk taip..ahaks...tunggu yer