Ni kisah suami aku...
Kalau ada yang dh sedia maklum, suami aku pernah kemalangan dan di masukkan ke wad Hospital Bainun, Ipoh.. Keadaan kecederaan agak kritikal jugak la time tu..Banyak patah2 dan skrg ni cacat kekal...Kejadian ni dah lama tahun 2009 bulan Mac...
Sebelum ni aku memang tak terpikir nak mintak laporan perubatan sebabnya suami aku takde insuran, so nak buat ape laporan tu kan...NO point utk aku mintak..Berbayar plak tu...
Namun, dalam beberapa bulan ni, suami aku menyuarakan hasrat hati yang dia dah tak larat nak berjalan guna tongkat untuk jangka masa lama...lagi pun susah kalau dia nak pegi mall ke teman aku jalan2 ke kan, sebab xleh nak bertongkat lelama..Sebab tu aku susah nak pegi mall pikirkan keadaan dia...Mujur aku bukan jenis kaki shoping hehe...
So kami decide nak mintak laporan perubatan..Memang kejadian dh lama kan..Tp aku pasti Unit Rekod Hospital tu mesti masih simpan rekod perubatan suami aku tu.. So aku apply lah dalam akhir bulan 5/ awal bulan 6 aritu... Katanya akan siap dalam masa sebulan kan..So aku menunggu lah.. Skrg ni dah masuk bulan ke dua...Aku baru je selesai call Unit Rekod, namun hampa..Dorg masih belum terima report perubatan daripada doctor Unit Ortho...
Aku buat bayaran untuk dapatkan hasil bukan untuk menunggu hasil yang x kunjung tiba..Lenkali jangan lah menjanjikan cakap dlm masa sebulan benda tu boleh siap..Ni pn aku dah bagi lebih masa..Dah 2bulan baru aku foloup, pon masih xde kabar berita lagi...Tadi yang menjawab tu cakap dia akan foloup dgn unit Ortho tanya mcm mana...Bila aku cakap nak call balik, dia mintak aku call minggu depan..Amboi, arini baru ari Selasa..Dah kenapa nak kena call minggu depan...Dalam masa 3 hari bekerja ni kenapa xleh nak call?? Patutnya amik inisiatif lah..Aku bukan baru hantar permohonan..Bukan push..Tp kalau dh 2bulan lebih..memang patut la aku push kot..huhuhu.. Ape lah dorg ni..Ingat kami apply ni saje suka2 ke nak buat frame letak kat dinding???
Aku nak apply kerusi roda untuk suami aku..Yang under Kerajaan tu...Kalau lulus, Alhamdulillah.. Boleh suami aku guna kalau nak p jln2 kat mall nanti..Tambah2 bila anak dh dua nanti..Boleh jugak dia tlg kendong anak atas kerusi tu..ekekeke...(Tp aku x rasa aku akan berjln kat mall jugak, hahaha) aku jenis xsuka nak jalan lelama..Bukan sebab anak jugak, memang sejak anak dara dulu, zaman deting2 dulu pon aku jenis x suka melepak duduk santai2 dkt mall....ntah la..macam bosan je buat mcm tu..Kalau g mall, betul2 ada tujuan..Dah setel tujuan, sila lah balik terus..hehehe...
ok,back to topic...So patut aku call minggu dpn atau call balik esok,lusa??? tengok lah mcm mana... Aku harap mggu dpn aku call, ada feedback positif la..Cepat la buat keja oiiii.....
Sabar jelah kan..
6 comments:
betul tu pergi mall mesti ada tujuan tertentu :-)
kalau aida jadi mila, aida x call dah.
aida gi direct.
bwk resit bayaran.
jumpa officer.
jabatan kerajaan ada piagam pelanggan yg diorang kena patuh.
aida : kalo dekat mungkin blh la pegi terus serbu kan..Ni mila kat putrajaya, spital tu kat Ipoh.huhu
Allah Ya Baari smg mudahkan dan susunkan urusan sis terbaik....
semoga suami cepat sembuh.
haihlaa..apela diorang ni..buat lah kerja beebtul kan..orang menunggu dah lama, patutnya percepatkan lah kan..semoga cammy n suami cepat dapat report tu n bleh dapat kerusi roda ..:)
Post a Comment