Tabung

19 May 2011

Dua Kematian Yang Mengejutkan Yang Aku Dapat Minggu Ni

Assalamualaikum...

Dari Dia Kita Datang Dan Kepada Dia Kita Kembali..Tak Terlewat Walau Sesaat Dan Tak Terawal Walau Sedetik. Innalillahiwainnailahirojiunnnn ( hope betul sebutan ni )..

Tak sangka kepulangan aku dari kampung..dengan sisa-sisa kegembiraan + kesedihan ( sbb dh blk KL semula ), rupanya ada org lain yang sedang berduka menangisi pemergian insan yang dicintai, ditinggalkan untuk selama-lamanya.. Kadang-kadang kita lupa, lalai dan alpa dengan nikmat-nikmat yang telah Dia bagi. Bila perkara-perkara sebegini terjadi barulah kita sedar yang kita semua hanyalah makhluk pinjaman dari Nya.

Aku hanya nak ucapkan takziah kepada ahli keluarga Encik Afrizal bin Ramlan ( Ex officer aku ). Beliau meninggal pada 16 Mei 2011 ( Isnin ) kerana mengalami pendarahan dalaman di kepala setelah terbabit dalam kemalangan di bulatan besar Putrajaya. Aku dapat tahu pon selepas bace email daripada staff opis aku setelah pulang bercuti pada 18 Mei 2011 ( Rabu ). Sungguh aku xpercaya dan x sangka..Beliau seorang yang amat baik, masih muda dan meninggalkan seorang balu serta anak yang masih kecil. Aku harap isteri beliau tabah menghadapi ujian ini..



Berita yang aku dapat thari tadi juga sukar untuk aku percayai kerana salah seorang blogger yang aku selalu duk bace entry-entrynya telah pergi meninggalkan dunia ini untuk selamanya. Difahamkan beliau mengalami asma beberapa hari yang lepas...Maybe dah teruk sangat time tu..Then terkena jangkitan ke paru-paru hingga menyukarkan beliau untuk bernafas..Semoga keluarga blogger ( telurdibasoh.blogspot.com )tersebut dapat menerima hakikat dan redha atas kepergian org yg tersayang. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh dan amalan-amalan beliau diterimaNya.


Kalau dah ajal, xkira tua atau muda.Bila DIA dah bagi arahan, terpaksalah kita akur..kerana DIA lebih menyayangi keduanya. Kita yang masih hidup perlulah teruskan hidup selagi diberi nafas, diberi nyawa dan diberi peluang untuk terus beramal, bekalan di akhirat kelak.

Aku insan yang lemah lagi hina..Ampunkan segala dosa-dosaku YaAllah. Aku akan terus berusaha untuk lebih mendekatkan diriku padaMu. Berikanlah Aku PetunjukMu YaAllah..Hanya Engkau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

9 comments:

kata kila said...

al-fatihah untuk kedua dua nya . semoga aman di sana

Miss_Yanfie (,")(",) said...

x sangka kan En.Af dah meninggal...
anak 2 oran, kecik lagi...
dia pun muda lagi...hurmmmm!!!

Takziah buat keluarga arwah...

chiah_ismile said...

btol 2 cammy,sumenya Allah da tetapkan...smoga mereka tenang disamping-Nya

Choc_Strawberry said...

al-fatihah.. moga ditempatkan dikalangan org yang baik.. amin..

Solihin Zubir said...

kematian tak mengenal siapa..
bila dh smpai ajal, akn pergi juga.. kan..

takziah..
AL-FATIHAH..

Ainn Hazwany said...

alfatihah..

Naddia said...

kite yg maseh idop nie bwk2 la beringat...

paranoid"nasir"android said...

waktu kita xsiapa tau..same2 la kita bersedia menyiapkan diri.

takziah..alfatihah.

Shamsuddin Amin said...

same2 la kita doakan
semoga mereka di tempatkan dalam
golongan yg beriman... amin...^^