Tabung

04 May 2015

Tak Mungkin Ada Orang Yang Mampu Sayang Dia

Rentetan daripada kisah yang menyayat hati..Aku pasti seluruh Malaysia dah tahu dan heboh pasal kemalangan DUKE tu..Seluruh Malaysia bersimpatu terhadap mangsa dan juga waris mangsa..Kerana kealpaan dan juga kepoyoan org lain, org lain terpaksa terima akibatnya..Lepas tu nak pakai orang dalam plak nak lepaskan diri.Kat dunia boleh lah ko nak berlagak pakai org dalam bagai..ko lupa yang 1 ari nanti ko pon akan matikan ? Bangga sangat la dengan pangkat yang ko ada tu...Haishh..


Aku pasti semua orang terkesan dengan kes ni..Terutama apabila mengingatkan 2 orang anak kecil yang ditinggalkan...Meninggal dalam keadaan yang mengejut... Macam mana dengan anak2 yg ditinggalkan...Bersediakah waris si mangsa untuk mengambil alih tugas menjaga anak2 kecil itu?? Bukan senang ye nak jaga anak kecil.. Dan tak mungkin sama ibubapa yg jaga dengan org lain jaga, walaupon adikberadik sendiri..Ditambah lagi adikberadik pon ada anak sendiri yang perlu dijaga..Kalau ada adikberadik yang jenis x kahwin, mungkin dia boleh tumpukan perhatian dan kasih sayang kepada anak kecil yg kehilangan ibubapa tersebut..


Tetiba aku memikirkan anak2 aku nanti..Jika ditakdirkan aku tidak sempat melihat mereka membesar..Ada ke insan yang sanggup menjaga anak aku..Bukan saje menjaga malah mendidik dan mengajar anak aku dengan perasaan penuh kasih sayang...Aku x rasa akan ada yg sanggup membelainya seperti mana aku membelainya...Aku terlalu kasih terhadap anak aku...Aku memang jarang memarahi anak aku...Memukulnya jauh sekali... Terkadang kalau suami aku sendiri marah atau pukul anak pon aku akan memarahi suami aku balik.. Serius bukan cara aku untuk pukul2 anak...Walaupon tengah2 malam dia bangun mengamuk2, menangis tanpa aku tahu sebabnya, aku tetap bersabar...Melayan karenahnya.. Selagi aku mampu sabar, aku akan terus bersabar..Semoga Tuhan terus bagi aku kekuatan untuk bersabar dengan karenah anak2 aku..Aku tahu mungkin sekarang ni anak aku sorang je tu sebab aku masih mampu bersabar kan...Tetapi aku harap tidak kisah anak aku berapa ramai sekalipun, aku masih mampu bersabar melayan karenah anak2 aku nanti..InsyaAllah..


Walaupon suami aku sendiri pon, aku tak yakin dia mampu melayan karenah anak aku..Macam mana jika aku sudah tiada nanti dengan keadaan anak2 masih kecil, masih memerlukan perhatian dan kasih sayang yang tinggi daripada org dewasa.. Mampu kah suami aku buat seperti yang aku lakukan? bangun tengah2 malam, melayan tangisan, melayan sakit demam anak2...Arghh..Aku buntu..Tapi aku yakin dengan setiap Qada' dan Qadar Tuhan..Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..Namun aku tetap berdoa agar aku sempat melihat anak2 aku membesar dan aku mampu membimbing mereka semua menjadi anak yang soleh...


Aku juga doakan agar anak2 yg ditinggalkan ibubapa mereka ketika masih kecil ini akan terus tabah dan penjaga mereka mampu memberi kasih sayang yang sepatutnya mereka dapat...Aminn..




p/s : dah update carta pengomen bulan April 2015 :-)

6 comments:

mOoN IzzaN said...

kan.. sama ngan sy.. slalu terfikir benda mcm ni.. huhu

Alyani Matshah said...

Kesian budak tu.. kecik2 lagi dah bdepan ujian camne.. semoga Adk tu tabah...

Hamelia Hamid said...

sedih sangat tengok kat tv.. :(

ejulz said...

Semoga anak2nya dipelihara dan dilindungi serta menjadi anak solehah.. amin

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam mila,
semoga semua anak2 kita sentiasa bahagia AMIN

Asha Lya said...

Kasih syg dri org lain dgn kasih sayang dari ibu bapa lain..moga ank2 ni mendapat pembelaan