Tabung

04 June 2015

Ilmu Pregnancy : Bahaya Baring Pada Posisi Telentang Ketika Hamil

Aku tak sangka sebenarnya, suami aku dalam duk diam2, rupanya dia alert jugak bab ni..Tengah2 malam org lain tido, dia duk godek2 laptop, ini rupa kerjanya..Hehehe..Terharu pon ada aku rasa.. Patut lah sejak akhir2 ni, sebelum dia tido dia akan kejutkan aku suh aku betulkan posisi tido, x bagi aku tido telentang...Dia suh aku baring mengiring..Aku ni dah beberapa hari duk kepelikan, apesal lah laki aku ni...Dalam duk pelik tu, aku ikutkan aje lah tido mengiring ke kiri..

Rupa2 nya ada kisah di sebalik cara tido semasa mengandung...Meh aku share kan..Sape2 yg tengah mengandung sama mcm aku, elok lah study dan baca elok2 ye.. Sebagai ilmu pengetahuan je, jangan lah korang taksub sangat hehe...


-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa itu supine hypotension syndrome?
Supine hypotension syndrome biasanya terjadi ketika peringkat akhir kehamilan, iaitu ketika kandungan semakin besar.
Sindrom ini disebabkan oleh tekanan daripada rahim dan bayi yang membesar dalam kandungan yang menekan salur darah vena yang besar iaitu inferior vena cava.
Inferior vena cava ini merupakan salur darah yang mengalirkan semua darah dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.
sindrom supine hypotension
Pada posisi supine atau terlentang, kandungan yang membesar menekan salur darah inferior vena cava
Tekanan yang dikenakan pada inferior vena cava ini oleh kandungan yang membesar menyebabkan aliran darah tersekat dan menyebabkan kurang darah kembali ke jantung.
Kekurangan aliran darah kembali ke jantung ini seterusnya menyebabkan tekanan darah menurun – yakni hypotension atau tekanan darah rendah.
Tekanan darah inilah yang menyebabkan rasa pening atau loya semasa berbaring terlentang.
Dari sini juga sindrom ini mendapat namanya, iaitu sindrom tekanan darah rendah disebabkan oleh posisi terlentang ketika hamil (supine = posisi baring terlentang; hypo = rendah, tension = tekanan).
Biarpun risikonya meningkat ketika trimester ketiga kehamilan atau semasa kehamilan mencapai ke penghujungnya, sindrom ini juga boleh berlaku lebih awal lagi (lebih-lebih lagi kehamilan kembar) dan juga kekal selepas bersalin.
Tanda utama sindrom ini ialah rasa pening atau loya ketika ibu hamil berbaring terlentang.
Tanda-tanda lain ialah degupan jantung ibu semakin perlahan, berpeluh banyak, pucat, malah ibu hamil juga boleh mengalami pitam ketika berbaring.
Selain daripada posisi terlentang, posisi pinggul terangkat ke atas (pelvic tilt) dan mengiring ke kanan, juga boleh menyebabkan sindrom yang sama kerana tekanan yang dikenakan ke atas salur darah inferior vena cava.
++++
Apakah bahayanya kepada kandungan?
Keadaan ini adalah merbahaya kepada kandungan kerana jika berlaku dalam tempoh yang lama, bayi dalam kandungan akan mengalami kekurangan oksigen akibat kekurangan darah yang mengalir ke plasenta akibat tekanan darah yang rendah.
Komplikasinya boleh membawa bukan sahaja kepada perkembangan bayi menjadi terencat tetapi juga kecacatan otak malah boleh membawa kepada kematian bayi dalam kandungan (stillbirth).
Stillbirth ialah kematian bayi dalam kandungan/atau bayi dilahirkan mati selepas usia kandungan mencapai atau lebih daripada 24 minggu kehamilan. Sebelum tempoh itu dikenali sebagai keguguran.
+++
Apa yang perlu dilakukan untuk mencegah komplikasi ini daripada berlaku?
1. Baring mengiring ke kiri (ketika tidur mahupun rehat)
Posisi mengiring ke kiri dapat mengelakkan tekanan kandungan yang membesar daripada dikenakan ke atas salur darah inferior vena cava tersebut.
Kajian di New Zealand pada tahun 2011 mendapati risiko kematian bayi dalam kandungan (stillbirth) dapat dikurangkan dengan corak tidur ibu-ibu hamil pada posisi mengiring ke kiri (lebih daripada 28 minggu kehamilan), berbanding ibu-ibu hamil yang tidur pada posisi terlentang atau mengiring ke kanan.
kesan posisi baring pada salur darah utama
Perbandingan antara kesan posisi baring kepada salur darah utama
2. Sokong abdomen dengan bantal
Sokong abdomen yang semakin membesar dengan bantal untuk mengurangkan berat ketika berbaring mengiring ke kiri.
Untuk lebih selesa, letakkan bantal di bahagian belakang untuk menyokong posisi mengiring, bantal di bawah perut atau abdomen untuk menyokong berat kandungan dan juga bantal di untuk dipeluk oleh kaki bagi menyokong bahagian peha bagi mengurangkan ketidakselesaan pinggul ketika mengiring.
posisi mengiring dengan bantal mamahantek
bantal untuk ibu hamil
Selesanya…
Kini terdapat bantal yang direka khas untuk keselesaan ibu hamil.
Mungkin ibu-ibu hamil memikirkan bantal untuk ibu hamil hanya untuk keselesaan semata-mata, namun penggunaan bantal tersebut juga membantu melancarkan aliran darah ibu hamil ketika berbaring.
Bantal ketika hamil ini mampu meringankan berat kandungan daripada menekan ke atas salur darah besar tersebut dan seterusnya mengelakkan sindrom di atas daripada berlaku.
++++
Namun begitu, ibu-ibu hamil tidak perlu terlalu bimbang atau neurotic tentang posisi terlentang ketika berbaring untuk berehat ataupun semasa bersenam.senaman pelvic tilt ketika hamil
Ketidakselesaan semasa posisi berbaring, baik baring terlentang, mengiring ke kanan mahupun apa-apa posisi yang mendedahkan kepada risiko sindrom ini; biasanya akan disedari oleh tubuh dan secara automatik biasanya kita akan mengubah posisi ataupun bangun dari baring.
Walau bagaimanapun, untuk keselamatan, ibu-ibu hamil dinasihatkan untuk mengiring ke kiri ketika tidur kerana dibimbangi terdedah kepada sindrom ini pada tempoh yang lama.


sumber : sini



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya aku kan skrg ni, memang x selesa mengiring ke kiri, rasa sakit mcm senak..tapi kalo kejap2 tu boleh lah..sebab tu aku tido mesti ubah posisi setiap bape minit ntah...Serba x kena je rasa..hehehe...Semua posisi rasa lenguh..hahaha..Dh nak masuk trimester ketiga kan biasa lah tu..


Dan skrg ni kaki aku dah start bengkak/ sembab.. uwaaaa...tebalnya aku rasa betis aku..Nak solat, bila duduk antara dua sujud tu, seksanya rasa....x lama lagi mesti aku kena solat duduk atas kerusi ni...Sama je mcm ngandungkan Arfan dulu..Masuk je 6bulan mmg kaki dh bengkak lepas tu dh solat duduk..Jantina pn aku rasa sama je ni ngan Arfan..Hehehe..Alhamdulillah...Semoga semuanya sihat2 je..


9 comments:

nor nazliana said...

good info..:)

Ms. Kejupenyet said...

Wah baru tahu tentang info nie..
Nice sharing..

Diana Rashid said...

oo..ye ke?/saya masa mengandung dulu memang tak selesa tidur terlentang..rasa berat sanagt..rupanya ada sebab ye tak elok tidur terlentang..

Mar Mansor said...

perkongsian yang bermanfaat..betul tu..
saya pula selesa mengiring ke kanan..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam mila,
laaa yer ker
akak dari mola lekne samapi nak beranak dok tido terlentang he3
kalo mengiring kejap2 ja
sebab baby suka menyenget sebelah perut kalo mengiring so sakit & senak
bila terlentang baby akak aktif sebab luas kot he3
akak pun selesa
pelik kan3

Cik Siti said...

thanks for sharing...patut pun skrg ni byk yg jual bantal untuk pregnancy...mcm teringin pulak nak beli although tak pregnant pun...nampak selesa sangat...hee

Hana Syed said...

info yg baik...

Cikna said...

Nice info, baru Ku tahu.... Cikna yg xpregnant ni pun guna bantal tu selesa kot xyah guna bntl bnyk2.....;-)

Shahida Dzulkafli said...

Nice info.. baru tau.. Sebelum nie masa pregnent mmg tido mengiring.. terlentang x selesa..