Tabung

08 March 2015

Pasal Arfan Lagi

Sembelit Arfan masih lagi x setel..Setiap hari dia memang akan berak.Tapi tu lah setiap kali nk berak, dia mesti menangis...Tetiba je tengah main2, dia menangis...Aku dh agak da mesti nak berak..Siap dengan muka meneran bagai...

Aku dh bagi makan sayur, dia pon air masak banyak jugak minum...Tp aku pelik kenapa dia masih sembelit ... aritu doktor bagi ubat cairkan najis...Aku bagi dia minum 2hari sekali..AKu kalau boleh memang tak nak la mengharapkan ubat tu 100%.. Kalau makan ubat tu najis dia still jugak berketul, cuma kaler tu x hitam la...dia jadi kaler hijau mcm tu...Bagus ke kalau aku bergantung pada ubat tu saje??

Arini tetibe aku teringat pada dia..Aku ada bekalkan ubat kat beg Arfan pagi ni, tp aku lupa nak bgtau kat Cikgu pagi tadi..Bila aku call tengahari tadi cikgu takde angkat plak...Dh 2,3x aku call x angkat......Aku takut ARfan nak berak nanti cikgu xtahu...Aku risau kalau cikgu xphm dia nak berak....Kang tetiba menangis, aku takut cikgu marah dia plak..Dia bukannya pandai nak gtau kalau nak berak..Melainkan kalau dh siap berak..


Petang semalam aku puas duk urut bontot dia..Sambil dia meneran, sambil aku urut..Baru lah mudah najis dia keluar...Siap keluar 2 ketul najis..Kira banyak la tu..Biasa seketul je..Ketulan yang last tu ada keluar darah sikit..Aku anggap luka sebab najis keras lah tu.. Sebab sikit je darah..Kesian Arfan.. Macam mana lagi aku nak buat ye..:-(


Buah betik Arfan xnak makan...Aritu kwn aku suggest buat jus tp aku belum ad kesempatan lagi nak p beli buah-buahan tu...Tp aku tak yakin la Arfan akan minum..huhu..Aku buntu.. Kenapa la masalah ni x selesai2...Aku ada jugak baca kalau sembelit, di sarankan buat susu lebih pekat...Dah buat jugak tp x menjadi... Derita hati seorang ibu tengok anak sekecil tu menahan sakit nak membuang..Cuma aku bersyukur dia masih membuang setiap hari walaupon najis keras... kalau langsung x berak lagi aku risau..

Allahuakbar....


Ringankan lah kesakitan anak aku..

9 comments:

nor nazliana said...

bagi mkn buah sis try tgk..

Asha Lya said...

Kesian baby arfan..elok minum jus mudahkn pnghadaman

Farah Waheda Wahid said...

Allahuakbar kesiannya Arfan, bagi banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan...

Mak Wardah said...

salam. kesiannya si comel. mohon Allah permudahkan semuanya

Kathy R'bain said...

Sian Arfan..

Diana Rashid said...

kesian nya...saya pun dah tak tahu nak cadangkan apa sebab semua awak dah cuba..doakan je la semoga cepat membesar dan sihat..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam mila,
ish3
iols tumpang isau la kat uols
seeloknya uols bawak arfan jumpa pakar
fayyadh kekadang ja kena sembelit
tu pun tak lama dalm 3-4 hari
ni baru ni fayyadh kena serangan angin pulop
warded teruih ok
bebudak sekarang ni macam2 penyakit
isau kan3

hainom OKje said...

Kalau dia susah nak makan buah, masalah jugak tu MH. Dah tukar susu? Kotnya panas tak susu yg dia minum sekarang ni.
Dulu masa dlm pantang okje pernah kena sembelit. Selalu jugaklah makan buah prune yg pitted tu. Cubalah beli MH..

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

alahaii kesiannya..mungkin kena tukar susu kot..mungkin susu sekarang tak rasi dengan Arfan..semoga Arfan cepat hilang sembelitnya dan boleh buang air besar macam biasa..Amin!