Tabung

13 March 2014

Solat Dhuha

Kadang-kadang kita ni bila ditimpa susah baru ingat kat Dia, ye dak??
Itu diri aku lah tu..Kalo masa senang, sll lupe..YaAllah takutnya rasa bila pk balik dosa2 yg lalu.

Terampunkah aku ? Mcm mane pengakhiran hidup aku? Selalu berdoa semoga baik2 saje..
Begitu jugak dgn seluruh keluargaku..Semoga segala amalan kami diterimaMu YaALLAH..

Aku cuma nak kongsi ilmu pasal Solat Dhuha..Aku pon masih tercari2 mana yg lebih baik...
SOlat Dhuha ni boleh dilakukan untuk 2 rakaat, 4rakaat, 6rakaat,8 rakaat, hingga 12 rakaat yg paling banyak. Dan aku ada terbace rakaat yg paling banyak pernah Nabi Muhammad SAW buat untuk solat Dhuha adalah 8 rakaat..

Niat solat sunat Dhuha :

Usolli Sunnata Dhuha Ra'ataini Lillahi Ta'ala.. (Sahaja Aku SOlat Sunat Dhuha 2rakaat kerana Allah Taala)


Bacaan semasa solat (Selepas Al-fatihah):

Rakaat pertama : Surah As-syams 

Rakaat Kedua : Surah Ad-dhuha

Tapi di boleh kan juga untuk membaca Ayatul Kursi pada rakaat pertama dan Surah Al-Ikhlas di rakaat kedua..( Sumber Shafiqolbu )

Rakaat ni boleh dilakukan samada sebanyak 2 rakaat atau 4 rakaat sekaligus setiap kali..

Selesai melakukan solat, boleh la bacakan doa spt ini :



Tapi aku tadi lupe nak PC doa ni ,so aku berdoa dengan cara aku sendiri..Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup di dunia ini...Semuanya hanya pinjaman..Dan semoga rezeki keluargaku akan sentiasa diberkati...

Sabda Rasulullah mengenai SOlat Dhuha :

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)


 ” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 

Sumber : Lampuneon


P/s :Pray4MH370

1 comment:

NrlAidaHml said...

Betul tu cik cammy..sekarang ni segalanya dalam bentuk rohani adalah sangat penting..doa..solat sunat..segalanya..usaha dan tawakal..insyaALLAH akan dipermudahkan..amin!