Tabung

25 March 2014

Isu ape lagi kalo bukan MH370

Allahuakbar...
Berilah kekuatan dan ketabahan yang tinggi kepada keluarga mangsa...
Hanya Engkau yang mampu memberi petunjuk kepada petugas2 SAR..
Engkau permudahkan lah urusan pencarian mangsa2 jika benar mereka kemalangan..
Engkau berikanlah keluarga mangsa peluang untuk menatap wajah2 kesayangan mereka untuk kali terakhir...Segalanya hanya dengan kehendakMu, YaAllah..

Kami sedar kekhilafan kami..
Kami sedar kekurangan kami..
Kami sedar kami melakukan banyak dosa YaAllah..
Janganlah Engkau bebani kami dengan perkara2 seperti ini..
Terlalu berat untuk kami laluinya...
YaAllah...Jgnlah Engkau murkai dengan apa yg telah berlaku di atas muka Bumi ini..'
YaAllah...Sebaik2 perancang hanyalah Kamu..
Berilah kami petunjuk di dalam menjalankan misi pencarian mangsa2 MH370 ini Ya Allah..


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Malam tadi kan ada PC yg PM kita buat untuk merungkai segalanya..
Tapi aku xsempat nak ikuti..
Tetiba dlm jam 1pagi suami aku kejutkan aku semata2 nak kongsi ape yg sudah PM Bagitau.
Aku terus buntang mata pabila suami kata plane tersebut terhempas di Lautan Hindi..
Aku rasa xboleh nak tdo..Terus rasa nak menangis jer..
Mcm manelah keadaan keluarga2 mangsa..YaAllah...Beratnye dugaan untuk mereka..
Semoga mereka redha dgn Qada' dan Qadar ini..

Pagi tadi aku dengar plak hotfm..

Tak semena2 airmata aku mengalir...
Aku yg tiada kaitan dgn mangsa pon terasa sangat2 sedih.
Apetah lagi keluarga mangsa..Allahuakbar..Serius terlalu berat sangat2 untuk menerima..
Tapi ape daya kite untuk menidakkan ketentuannya..
Cuma masalah skrg ni, masih xde petunjuk yg sbnrnya samada betul2 terhempas atau apa.
Sbb drp yg PM bgtau hanya isyarat last dorg terima plane tu sekitar Lautan Hindi..
Kalo benar dh terhempas, semoga Tuhan permudahkan kerja2 mencari bangkai pesawat..
Sekurangnya kotak hitam dapat dijumpai untuk merungkai segalanya..

Apalagi yg mampu kite lakukan..Hanya mampu berdoa dan terus berdoa jer..
Mungkin mengambil masa yang lama untuk selesaikan perkara ni..
Tapi kena pasrah jika ini yg Tuhan dh tentukan..


P/s : tadi aku dgr pihak insurans AIA dh bersedia nak bayar pampasan..Agak2 keluarga mangsa mcm mn ye? Belum tentu mangsa2 meninggal tp pihak insurans dh sibuk nak cete pasal pampasan tu....sedihnya la hai.. hm.

1 comment:

Unknown said...

Hanya yang kita mampu buat adalah berdoa kerana kekuatan orang islam adalah doa. Anyway nice sharing mama :)

Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)