Salah si anak ke jika dilahirkan kurang normal??
Ape punya nasib si anak..
Ya Allah..Sedih aku membace nya..
Tadi aku duk google resepi chewy cheese tu..
Tetiba terjumpa plak Blog Celah-celah Kehidupan (kalo x silap)
Dalam byk2 entry dia..
Aku terbace pasal 'Jgn Pinggirkan Anak saya'
Sedih tau kalo anak kite dilayan mcm tu..
Guru besar sekolah tu memang xde etika..
Mungkin sebab dia dh tua so xde anak kurang normal..
Sbb tu dia boleh cakap mcm tu..
Suka2 xnak bagi anak org amik UPSR..
Alasannya takut graf keputusan UPSR nanti menurun disebabkan anak2 autisme (btl ke ejaan ni) ni..
Padahal anak tu lebih pandai drp anak2 normal yg lain..
Memang agak kurang ajar di ctu..
Apa salah anak tu..
Bukan dia minta dijadikan mcm tu..
Dia dh usaha..Dan dh bijak pon..selayak mcm kanak2 normal lain..
Patut ke dilayan mcm tu?? Ingat anak2 mcm ni xde perasaan ke??
Ya Allah cetek nye pemikiran GB dan guru2 di sekolah tu..
Sekolah ape ye..Geram plak rasa..
Ya Allah moga keturunan ku dijauhkan drp perkara2 yg tidak elok mcm ni..
Bukan nak menolak tp xmau dia menerima nasib yg sm..
Org zmn skrg lebih pandang fizikal..
Semoga anak itu akan dpt pembelaan sewajarnya..
***********************************************************************************************************
KISAH saya ini lain dari yang lain, bukan tentang kahwin cerai, poligami, andartu isteri lari dari rumah, tetapi tentang anak istimewa saya. Sebagai ibu saya mahukan anak saya sama seperti anak normal dapat pendidikan sewajarnya. Kerana dengan didikan dan bimbingan anak saya boleh berdikarari dan melalui kehidupan dengan sebaiknya, dan tidak susahkan orang lain bila dewasa nanti. Itu hasrat saya.
“Anak saya tiga orang, tetapi salah seorang daripadanya anak istimewa anak autisma. Saya tidak pernah bercita-cita anak saya jadi budak pintar, bijak dan cerdik, yang bakal jadi jurutera, doctor, lawyer atau menteri. Tetapi memadai jika dia mendapat pendidikan sama seperti anak-anak lain sebaya dengannya.’’ Itu cerita Puan Nor ketika ditemui baru-baru ini.
“Tetapi malangnya minggu lalu, sebelum anak saya menduduki peperiksaan akhir tahun untuk tahun lima baru-baru ini, saya bersama dua orang lagi ibu yang mempunyai anak dari sekolah pendidikan khas telah dipanggil oleh guru penolong kanan dan guru besar datang ke sekolah untuk berbincang.
“Memikirkan demi kebaikan anak, saya segera hadir. Tetapi kami terkejut bila diberitahu bahawa anak kami bertiga tidak layak ambil peperiksaan UPSR tahun 2014.
“Belum habis terkejut dengan keputusan tersebut, guru besar dan penolongnya memberitahu supaya kami menulis surat kepada beliau dengan memberitahu bahawa kami tidak mahu anak-anak kami menduduki peperiksaan UPSR. Itu sahaja! Mengapa? Saya mahu anak saya menduduki UPSR tetapi kenapa tidak dibenarkan.
“Tiada alasan kukuh diberikan selain memberitahu jika anak kami menduduki peperksaan UPSR tahun 2014, maka kami telah menganiaya sekolah tersebut, kerana sekolah tersebut bakal mendapat keputusan terburuk dalam penilaian dan prestasi sekolah.
“Pelik dengan cerita beliau, saya bertanya mengapa anak-anak kami tidak dibenarkan ambil peperiksaan UPSR. Adakah kerana mereka tidak pandai atau terlalu rendah markah dalam peperksaan lalu?
“Pelik dengan cerita beliau, saya bertanya mengapa anak-anak kami tidak dibenarkan ambil peperiksaan UPSR. Adakah kerana mereka tidak pandai atau terlalu rendah markah dalam peperksaan lalu?
“Kata Guru penolong memang anak-anak kami lemah dalam pelajaran. Contoh anak saya lemah dalam Bahasa Malaysia walaupun tidak gagal. Kalau begitu mengapa tidak diadakan tusyen malam, penolong kanan menjawab guru-guru tidak ada masa kerana sibuk.
“Kerana tidak berpuas hati, saya bertanya lagi dalam kelas tahun 5 pada tahun ini terdapat 28 orang murid, dalam pepereksaan pertengahan tahun anak saya autism ini dapat nombor 12. Apakah anak saya, jika lemah bagaimana baki 16 orang murid lagi, apakah mereka tidak lemah dalam pelajaran? Adakah kerana mereka murid-murid normal, maka itu mereka dibenarkan mengambil UPSR tahun 2014?
“Saya boleh terima pandangan beliau bahawa anak saya lemah dalam pelajaran, jika semuya ibu bapa yang pelajaran anak-anak mereka juga lemah atau lebih rendah daripada anak saya dipanggil sama dalam perjumpaan tersebut dan diberikan penjelasan, tetapi masalahnya mengapa anak kami bertiga saja tidak dibenarkan ambil UPSR sedangkan kawan-kawannya yang lebih rendah markahnya dibenarkan ambil UPSR Adakahkah kerana mereka normal? Sedangkan anak saya anak autisma.
“Saya akui anak saya sulit dibimbing semasa kecil dahulu, tetapi setelah dimasukkan ke kelas khas dan dibimbing oleh Nasom (Nasional Austism Society Malaysia) bermula di Jalan Raja Laut kemudian berpindah ke cawangan Nasom di Setapak, dia boleh mengikuti pelajaran dengan baik, malah anak saya dimasukkan ke sekolah aliran biasa bersama anak-anak normal lain, dan anak saya dapat tempat pertama dalama peperiksaan akhir tahun.
“Saya bersyukur kerana anak saya mendapat didikan dan bimbingan terbaik dari kakitangan Nasom yang terlatih, penyabar, dan didikasi dalam menjalankan tugas mereka. Dengan bantuan guru bimbingan Nasom jugalah anak saya boleh dibimbing serta dididik dengan baik lebih penting dia boleh mengikuti pelajaran dengan tenang.
“Saya akui anak saya lemah dalam bahasa Malaysia, kerana di Nasom dia di didik dalam bahasa Inggeris dan masalah jadi lebih sukar apabila sekolahnya menukar penggunaan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia dalam mata pelajaran sains dan matematik ketika dia dalam tahun empat. Ini yang menyulitkan anak saya memahami bahasa Malaysia, tetapi jika terus dibimbing saya yakin dia boleh menguasai BM.
“Sebaliknya jika anak saya tidak dibenarkan ambil UPSR tahun depan maka dia tidak akan diajar oleh guru, sebaliknya dia akan dibiarkan bermain dan duduk di kelas tanpa belajar. Saya bimbang jika ini terjadi anak saya akan terbiar dan berkemungkinan dia kembali kepada keadaan lamanya hidup sendirian, kerana dia tidak diajar seperti biasa.
“Sebaliknya jika anak saya tidak dibenarkan ambil UPSR tahun depan maka dia tidak akan diajar oleh guru, sebaliknya dia akan dibiarkan bermain dan duduk di kelas tanpa belajar. Saya bimbang jika ini terjadi anak saya akan terbiar dan berkemungkinan dia kembali kepada keadaan lamanya hidup sendirian, kerana dia tidak diajar seperti biasa.
“Pada saya peluang anak saya dapat belajar di sekolah aliran biasa bersama kanak-kanak normal adalah satu yang membanggakan dan saya berharap dia ada sijil UPSR dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran hingga tingkatan lima. Saya tidak mengharapkan dia jadi budak bijak dan cerdik atau dapat 10 A. Jika boleh syukur Alhamdulillah.
“Tetapi dengan adanya sijil SPM ataupun PMR maka itu mencukupi untuk dia melanjutkan pelajaran ke sekolah vokasyenal atau layak menduduki sekolah kemahairan swasta lain. Tetapi tanpa sijil tersebut dia tidak akan layak masuk ke sekolah tersebut. Sebab itu saya mahu anak saya ada kemahiran bila dia besar nanti untuk kehidupannya sendiri.
“Apa yang paling menyedihkan saya Guru Besar SK itu beritahu jika anak saya gagal dalam UPSR maka prestasi sekolah akan terjejas kerana ada murid yang gagal. Bukan itu sahaja, malah katanya peruntukan tahunan untuk sekolah turut dikurangkan oleh Jabatan Pendidikan. Selain peruntukan buku teks sekolah akan dihapuskan.
“Saya lebih terkejut apabila guru penolong kanan memberitahu besar kemungkinan Guru Besar akan ditukarkan ke sekolah lain. Bukan itu sahaja malah lebih mengejutkan bila beliau beritahu kemungkinan guru guru yang terlibat mengajar kelas tahun 6 nanti akan diberhentikan, semata-mata kerana kegagalan anak saya dalam UPSR tahun hadapan.
“Oleh kerana itu beliau menyarankan saya hantar surat kepada guru besar selewat-lewatnya minggu hadapan supaya anak saya tidak ambil UPSR tahun 2014. Inilah yang amat membingungkan saya. Kerana anak saya suka pergi sekolah dan suka belajar. Malah dia beritahu adiknya tahun hadapan dia akan ambil peperiksaan UPSR dengan rasa gembira.
“Sebagai ibu saya tak mahu anak saya keciwa jika dia tidak dibenarkan ambil UPSR, kerana saya tahu dia boleh belajar. Walaupun sejak kebelakangan ini, anak saya dipinggirkan oleh guru kelasnya. Sebagai contoh jika dia cuba jawab soalan yang disoal oleh guru dengan mengangkat tangan, guru tidak pernah beri perhatian kepadanya. Sebaliknya berpaling ke murid lain. Apatah lagi jika dia bertanya, pertanyaannya tidak pernah dijawab guru.
“Pernah beberapa kali bila dia pulang ke rumah melahirkan rasa keciwa kerana tidak tahu dan tidak faham untuk buat tugasan yang diberikan oleh guru, bila saya tanya kenapa tak tanya cikgu dia akan jawab cikgu tak mahu jawab bila dia tanya.
“Sebenarnya saya lahirkan hasrat hati saya ini kerana tidak tahu kepada siapa nak mengadu. Semakin dipendam jiwa saya jadi tak tenteram, hampa dan susah hati. Dan saya tidak mahu anak saya keciwa bila dia dipinggirkan apabila masuk ke tahun 6 nanti. Kerana guru tidak akan pedulikan dia kerana guru tahu anak saya tidak dibenarkan ambil peperiksaan UPSR jadi mengapa buang masa ajar anak saya.’’ Demikian cerita Puan Nor panjang lebar sambil berdoa anaknya dibenarkan mengambil UPSR tahun depan.
copy dari SINI......
2 comments:
Ya Allah, masih ada yg masih memikirkan keuntungan sendiri dan meminggirkan golongan istimewa ini. Andai benar org tersebut seorang pendidik, dia tak patut buat macam tu. Takda termaktub dalam mana-mana untuk buat macam tu melainkan dengan kerelaan keluarga mereka sendiri. Keciwa. Moga kisah ni jadi pengajaran untuk insan lain.
ada ke patut seorang gb dan pk berpikiran sedemikian
pada saya anak pn nor ni ada kebolehannya sendiri. dpt no 12 ok la tu. xlist dia berusaha kan. saya yg baca pon kecewa dgn sikp gb dnpk tu. dh tu suruh buat surat sebegitu rupa. nak je suruh pn nor jmpa ppd atau mnteri berkaitan..
Post a Comment