Tabung

15 November 2014

Resepi Tepung Pisang Goreng Rangup





Bahan - bahan tepung pisang goreng.

a) Tepung beras ( Aku tak xsukat pon, main tuang je xsmpi setengah plastik )

b) Kapur ( yg mkn dgn sirih tu )

c) garam sikit (secukup rasa)

d) air

e) kunyit ( secubit je, jgn byk nt kaler x cntk )

Cara-cara menyediakan tepung tersebut.

i) campurkan tepung beras, garam dan kunyit ke dlm bekas

ii) amik setgh cawan air dan campurkan sedikit kapur kedlm air tersebut.kacau agak2 dh keruh dlm air tu

iii) Masukkan air kapur tadi ke dlm bekas yg mengandungi bahan (i) td dan gaulkan sehingga sebati.

iv) masukkan air sedikit2 utk mendapatkan acuan spt gambar di atas yer...jika ad ketulan tepung, hancurkan / tenyehkan dgn sudu utk mendpt acuan yg cantik / sebati (Jangan ada ketul2)

v) Panaskan minyak utk menggoreng..Jika minyak sudah panas, amik sedikit minyak itu dan masukkan ke dlm acuan yg sudah sebati itu dan gaul / kacau utk menjadikan tepung lebih rangup ( insyaAllah)

vi) Masukkan pisang yg hendak di goreng ke dlm acuan td dan sedia utk di goreng..Pastikan minyak betul2 panas ye..

Selamat mencuba..

Hasilnya :




Kalo rajin blh la tmbh cheese dan coklat hehe..nyummsss..makan time ujan mmg terangkat..

14 comments:

TunSha Ayunie said...

dulu arwah opah sha pun ajar nak rangupkan tepung goreng pisang, letak air kapur je ^^ sedapppp

nak syiok lagi, cicah sambal kicap ...perghh

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah sedap2..

Sabrina SA said...

wahh macam sedap lah :DDD

Diana Rashid said...

susahnya nak cari pisang sekarang nih..kat pasar pun klu lambat pi memang tak de la..

Yumida Huda said...

kak sy selalu nak grg pisang mcm ni. tp bancuhan tepung kengkdg pekat, kengkdg cair. x menjd. yg dijual kat gerai jugak yg sedap. perfect!

Maria Firdz said...

ha...a.. buh air kapur makan kan..utk ranggupkan tepung tu bila digoreng... tapi mak sy biasa guna juga tepung gandum sikit...cmpur dgn tepung beras... nak best lagi masukkan rempah ratus sikit.. bg wangi kan...

Cik Iman said...

nak try la pas nie :D

Sofu Hashim said...

Akak suka beli je Mila hehehe kt makcik ni sangat ranggup pisang gorengnya siap keropok2 sekali dia bagi time beli tu

Fiza Rahman said...

Owh...nak cari kapur lah.

acik idah said...

Makan gitu jer pun sodappp...! :D lapar plak perut nengokkan hensem boy tu makan... :D

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Nampak sedap tu sebab Arfan conquer sorang.

Yana Yani said...

saya biasa tak letak kapur pun, ranggup juga =)

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Wowwiee gebunyaa..mesti sedap ni..nanti nak tryla resepi ni..thanks cik cammy..hehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam mila,
best3
iols nak pinjam resipi uols
nak try he3