Tabung

13 January 2015

Tak nak tak nak

Pagi ni budak soleh tu buat hal lagi taknak duduk taska...Sebelum ni dh masuk taska, cikgu nak amik baru melalak..Tapi hari ni, sebaik aku bentikan kete..Dia tengok taska je terus dia cakap ' Tak nak, tak nak' Lepas tu tangan dia tunjuk jalan keluar, konon ajak aku pegi dari situ, sbb dia xnak masuk taska..Mulut dia pn bising cakap mcm2...Aku hairan betullah..


Sblm ni masa kat pengasuh dia x pnh mcm tu..kalo aku ajak dia keluar kereta, cepat je dia keluar mcm hepi2 gtu..Tapi sejak anto taska ni dia memang lain mcm punya peel..Apa harus aku pikir?? Tambah buat aku bingung, masa hantar hari pertama dan kedua, dia ok..tak nangis..Stat hari ke 3 onwards dia nangis sampai lah harini dan masuk hari ke 9... 


Bila aku adu kat fb, kwn2 suh aku spotcheck...Tp cmne?? sebab pintu dia berkunci..Dia buka time rehat..Time rehat tu budak2 tengah tido sebab dorg dh set kol 12 lbh - 3ptg waktu budak2 tido.. Aku xtahu mcm mn nak buat ni...

Patut ke aku pk yg bukan2??? Aku cuma pk antara 2 je..Samada dia kena marah dengan cikgu atau pon cikgu marah budak lain tp sebab suara cikgu tu kuat sangat so dia jadi takut..Sbb anak aku ni memang takut kalo org suara kuat2 ni...Kalo papa dia suara kuat pon, dia terus peluk aku senyap memang x bergerak lah..


Tapi bila ptg, aku tgk cg dia ok je..Bila tanya Arfan mcm mn..Main dengan kwn? Cg selalu ckp ok...Aku x suka betullah..kalo ok kenapa anak aku takut?? Kang kalo aku ckp bnyk, aku risau dorg pk aku cerewet nanti dia akan benci anak aku plak..Sbb aku kenal sangat cikgu2 taska ni, kalo x suka mak, nanti anak jadi mangsa...( Dulu ak pnh jadi cikgu taska, dan mmg mcm ni kekdahnya ) So aku xnak la ckp banyak..Tapi dlm masa yg sm aku xnak la anak aku asyik nangis je bila anto pagi2..sbb ati aku xleh nak tenang..Bila ptg je tak sbr aku nak p amik dia..Tapi stkt ni aku xde nmpk la lebam ke bekas cubit ke apa...Cuma aku pelik je...n curious..huhuhu...


Susahnya alahai..aku bg masa sebulan jelh lepas ni aku terpaksa la antar dia blik p pengasuh lama huhuhu walaupon pengasuh tu dh jaga ramai baby..

15 comments:

Bbwana adienia said...

wana ada kes anak buah wana taknak pegi taska..bila diselidik rupanya pengasuh dia rotan kat tapak kaki sebab nak bagi pengajaran..tapi caranya ala2 kejam..fuh, lepas tu kazen dah x nak hantar ke taska tu lagi..

Mar Mansor said...

tertanya-tanya juga kenapa ye?

Asha Lya said...

Memg risau Sgt klau hntr Ank ke taska,kekdg bukan blh percya dgn org2 taska ni

CikSiti said...

doalah banyak2 semoga ank2 kita dilindungi olehnya..kesian pula kat arfan..mungkin belum biasa..cuba risik2 parents lain yg htr tpt sama..

Allene ALineWorks said...

alamak... u doa bnyk2... mintak petunjuk dari Allah. klu betul cikgu buat benda tak baik, Allah akan tunjukkan kat kita dont worry dear. DOA... nak syak ni, macam tak best plak. tp yelah.. hati ibu kan.

Safirul Amar Azmi said...

sabar dulu Mila...untuk tujuan pembelajaran Arfan..biarlah Arfan serasi dan membiasakan dirinya walaupun di dalam stuasi yang ktia pun tak gemar.....

~aSHa~ said...

alamak saspen jadinye..

cuba tanya parents lain spt idea cik siti tu

Papaglamz said...

Doa byk2 smga xde pape brlaku.. Papaglamz singgah dan follow blog ni.. Jom terjah Papaglamz..

www.papaglamz.com

Daddy Ziyyad said...

cuba tanya parents lain anak mereka camane...

dan mmg setiap kali lepas ambik anak tu, kena check badan nya atas bawah...

bukan bersangka buruk, cuma ambil langkah berjaga jaga :)

miminadam said...

mungkin sebab dia terlampau tegas dengan budak2. batter pergi tempat lama je kak

Roziah Muhammad Nor said...

Biasa kalau jaga tak elok budak2 memang tak suka. Tapi kalau jaga elok2 dorg memang suka n taknak balik rumah sendiri.

Hajar Rash said...

harap takde pape yang buruk kat taska tu

Jari Manis said...

mesti ada somethin tu cer check

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Lorr gitu kekdahnya..ade ke anak yang jadi mangsa kalau xsuka makpak.
Ada akai ka takda?
Kes Mila ni, saya pun risau.
Yelah, sebagai emak...saya pun akan terfikirkan sama macam semua yang mila fikir.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Nurses saya dulu pun kata better bila2 datang buat spot check. Jangan inform nak datang. Bila sampai, terus kata nak masuk. Masa tu kalau budak ramai tengah menangis pun memang x boleh nak senyap dah. Kalau keadaan tak teratur semua boleh nampak terus.
Tengok lama x depa ambik masa nak buka pintu. Kalau lama sangat tu adalah problemnya. Kalau x, takkanlah lama sangat setakat nak buka pintu.