Alhamdulillah...Setelah hampir sebulan suami aku mencuba Ephyra Skin Bar ini, so secara rasminya harini aku akan membuat sedikit review mengenai produk ini...Kalo nak tahu mcm mana aku dapatkan secara free benda ni..Sebabnya aku adalah salah seorang daripada 50 blogger yg menang untuk mencuba sendiri keunikan dan keberkesanan Ephyra Skin Bar ini...
Ramai tau blogger yang join giveaway kak Mia tu..So sebab tu aku x berharap sangat..Tapi dalam tak berharap tu, bila Kak Mia umumkan pemenang, aku cepat2 p jenguk nak tengok ada luck ke tak..Hehe..Tak sangka aku, sebab terpilih juga dalam ramai2 tu..Terima kasih kepada sponsor hadiah iaitu pihak Oceanlife dan juga kepada penganjur iaitu Kak Mia kita ni.hehe..
Ephyra Skin Bar ni aku hadiahkan kepada suami aku sebab kulit muka dia memang bermasalah..Kalo nak tahu dulu muka dia licin je...tak de jerawat langsung, mungkin jerawat pasir kecik2 tu ada lah kot..Tp sejak dia pakai 1 jenis pencuci muka ni, muka dia terus naik jerawat2 batu...Dah la batu, lepas tu tinggalkan parut yg banyak plak tu..Muka dia penuh lubang2 hehehe...Dengan sebab ini lah aku join Giveaway kak mia tu..Sebab aku nak ngetest sekali produk ni samada sesuai ke tak dengan suami aku...
Kat bawah ni adalah rupa suami aku bersama produk Ephyra Skin Bar.. Aku terlupa sbnrnya nak ambik pic semasa produk ni mula2 sampai..So memang takde pic laki aku dengan produk ni sebelum memakai nya.. (Paham x maksud aku?) Pic ni adalah setelah memakai 10 hari produk Ephyra Skin Bar ni..
Kalo nak tahu, sabun ni sangat2 wangi okeh..Sbnrnya, aku sendiri pon pakai jugak..Sebabnya sabun yg dapat seketul tu kami potong 4..So dapat la jimat di situ..dapat pakai lama sikit..Memang best bau dia..Lagi satu, lepas pakai kan, muka tak tegang..tak kering...Sbb aku sblm ni ada jugak pakai sabun muka 1 produk ni, kalo lepas pakai mesti rasa kulit muka mcm kering dan tegang, jadi sakit tau..Tapi lepas pakai Epyra SKin Bar ni, terasa lebih lembap, takde tegang atau pedih, lembut dan halus je.. Bkkan itu saje tau, Ephyra Skin Bar ni jugak mudah menanggalkan whitehead kat hidung..Rasa selesa sangat bila menyentuh hidung, tiada lagi cela2 biji kat situ..Hehe
Sorry lah mcm dh review untuk 2 org plak kan...Sebenarnya yg byk pakai laki aku lah..Sbb dia punya review..Tapi sbb kan aku pn pakai skali so aku celah2 la sikit pendapat aku mengenai sabun bar ni..Hehehe..Tak pe kan pihak penganjur dan sponsor?? Janganlah x terima penyertaanku ini ye..Hehehe...Tak sengaja pada awalnya..
Jom lihat gambar suami aku setelah beberapa hari memakai sabun bar ini..(Psssstt : kalo nak tahu, laki aku malu tau nak kena amik muka mcm ni, tapi dia terpaksa pasrah bila isteri telah memaksanya..Senyum tu pon aku yg suruh hahaha...kesian kan? Redha jelah bila isteri awak seorg blogger..hahaha )
Bergambar kenangan bersama produk Ephyra Skin Bar. |
Patutnya yg kiri sebelum ni dah terbalik plak..hehe..Takpelah kn.. Nampak tak kesannya?? Minyak kat muka memang totally takde kan?? Muka nampak lebih bersih tanpa minyak2 degil tu..Alhamdulillah.... |
Suami aku pon suka je dengan sabun bar ni...Masa mula2 sampai tu, dia plak yang teruja lebih, x sabar2 nak try ekeke....
Terima kasih skali lagi kepada pemberi hadiah ni dan juga kepada pembuat giveaway ni kerana membuka peluang kepada org2 biasa mcm kami mencuba produk anda secara PERCUMA..Sangat2 menghargainya..Semoga rezeki kalian akan terus murah dan diberkati serta dapat mewujudkan lebih banyak /pelbagai produk lagi di bawah label Oceanlife.. :-)
Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.
** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.
7 comments:
good luck ye
semoga berjaya sis.. :)
garang misai cik abang... yelah kan silap produk boleh jadi jerawat.
untung suami....hasil berblog si isteri...:)
wahhh untung cik abam . hehee
assalamualaikum safiy...semakin berseri n gud luck...;)
ingt shark sorg je laki yang pakai nie.
upanya ada jugak yg lain..
heheh.
mmg berkesan ephyra nie.
baik untk wanita dan lelaki.
Post a Comment